Page 95 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 95

penting  dalam  menjayakan  matlamat  pendidikan  yang  ditetapkan  oleh  Kementerian
               Pendidikan Malaysia (KPM).
                       Seseorang guru perlu juga mempunyai kemahiran, ciri-ciri peribadi  atau personaliti
               bagi  melaksanakan  sesuatu  tugas  dan  tanggungjawab  (Kementerian  Pendidikan  Malaysia,
               2009).  Klonari  (2014)  menegaskan  seorang  guru  Geografi  perlu  mempunyai  tahap
               pengetahuan,  kemahiran  dan  sikap  yang  baik.  Menurut  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
               (2009),  matlamat  utama  Falsafah  Pendidikan  Guru  adalah  untuk  menghasilkan  guru  yang
               berkualiti dari segi  peribadi,  profesional,  sosial  dan amalan tingkah laku, menguasai  ilmu,
               kemahiran  dan  amalan  nilai-nilai  keguruan  serta  berupaya  mencapai  kecemerlangan
               pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
                       Kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru adalah merangkumi aspek amalan
               nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
               Secara  umum,  kompetensi  adalah  merujuk  kepada  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri-ciri
               peribadi yang perlu bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab (Mohammed Sani, Ahmad
               Zabidi,  &  Husaina  Banu,  2015)  atau  ia  dirujuk  sebagai  kebolehan  yang  diperlukan,
               pengetahuan,  kemahiran  dan  sikap  untuk  mengatasi  tugas  dengan  jayanya  (Carrarciao  &
               Englander, 2004; Sahin, 2004).  Azhari dan Zaleha (2013) dalam kajian telah mengelaskan
               kompetensi guru kepada tiga komponen utama iaitu komponen pengetahuan, kemahiran dan
               personaliti guru. Kupasan oleh  Lamiadiati,  Darwin  dan Sukarman (2017) dalam kajiannya
               berkaitan kompetensi guru Geografi telah mengelaskan kompetensi kepada empat komponen
               iaitu  kompetensi  pedagogi,  profesional,  sosial  dan  personaliti.  Kilinc  (2013)  menyatakan
               kompetensi  guru  terdiri  daripada  tiga  komponen  iaitu  pengetahuan,  kemahiran  dan  sopan
               santun.  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (2009)  dalam  Standard  Guru  Malaysia
               menggariskan  kompetensi  sebagai  kemahiran  profesional  guru  berdasarkan  amalan
               profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
               Prinsip asas model kompetensi adalah prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan
               meningkat sekiranya mempunyai kompetensi yang diperlukan dalam menjalankan tugas dan
               tanggungjawab yang disandangnya (Roslan, 2014).
                       Kajian yang dilakukan oleh Khalid (2009), menyatakan bahawa tahap keupayaan guru-
               guru  novis  dalam  melaksanakan  pengajaran  berada  pada  aras  sederhana  tinggi,  dengan
               tumpuan yang lebih ke atas dimensi pengurusan kelas. Seterusnya kajian yang dilakukan oleh
               Nur  Hafizoh  dan  Rohana  (2013),  berkaitan  dengan  nilai  profesionalisme  guru  baharu
               mendapati nilai profesionalisme keguruan dalam tahap amalan kepimpinan berada pada tahap
               yang  sederhana.  Sementara  itu,  kajian  yang  dijalankan  oleh  Mohamad  Safwandi  (2017),
               berkaitan pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru novis Matematik dan guru
               berpengalaman  di  sekolah  rendah  Daerah  Hulu  Langat  mendapati  bahawa  pengetahuan  isi
               kandungan yang dimiliki oleh guru novis dan guru berpengalaman adalah hampir sama. Masih
               kurang  penyelidikan  untuk  mengetahui  tahap  kompetensi  yang  dimiliki  oleh  guru  novis
               Geografi,  terutamanya  di  Malaysia.  Justeru,  artikel  ini  bertujuan  mengenal  pasti  tahap
               kompetensi  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri-ciri  peribadi  yang  dimiliki  oleh  guru  novis
               Geografi di Malaysia dan meneliti perbezaan tahap kompetensi yang dimiliki oleh guru novis
               berdasarkan pengalaman mengajar.


                                               TINJAUAN LITERATUR

               Aspek yang difokuskan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kompetensi pengetahuan,
               kompetensi kemahiran, kompetensi ciri-ciri peribadi dan perbezaan kompetensi pengetahuan,
               kemahiran dan ciri-ciri peribadi berdasarkan pengalaman mengajar.


                                                           85
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100