Page 96 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 96

Kompetensi Pengetahuan Isi Kandungan dan Pedagogi

               Kupasan  Mohammad  Zohir  (2016)  berkaitan  “Pendidikan  Geografi  di  Sekolah-Sekolah
               Malaysia: Perkembangan dan Isu” menyatakan salah satu ciri guru berkualiti ialah guru yang
               mempunyai  pengetahuan  yang  tinggi  dalam  isi  kandungan  dan  pedagogi.  Sekiranya  guru
               Geografi mempunyai  pengetahuan  yang lemah maka amalan pengajarannya di  dalam bilik
               darjah akan terbatas. Pengetahuan guru terdiri daripada pelbagai aspek seperti pengetahuan isi
               pelajaran, pengetahuan pedagogi serta pengetahuan keperibadian dan iktisas perguruan (Syed
               Ali,  2014).  Pengetahuan  guru  berkaitan  isi  kandungan  dan  pengetahuan  pedagogi  isi
               kandungan mata pelajaran yang diajar adalah amat penting (Zarina et al., 2016). Guru yang
               efektif ialah guru yang boleh menguasai isi kandungan. Kajian langsung terhadap kompetensi
               guru geografi di peringkat menengah masih tidak menarik perhatian pengkaji pada masa kini
               namun ini tidak bermakna aspek ini perlu diketepikan. Kajian yang dilakukan oleh Hanifah,
               Mohmadisa,  Yazid,  Nasir  dan  Saiyidatina  Balqis  (2019)  dalam  aspek  kompetensi
               profesionalisme dan pedagogi dalam kalangan guru Geografi Tingkatan Enam di Malaysia
               membuktikan  guru-guru  mempunyai  kefahaman  jelas  mengikut  tajuk,  pengetahuan
               profesionalisme  perguruan,  pengetahuan,  kandungan  subjek,  pengetahuan  pedagogi
               kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi dan nilai profesionalisme keguruan dan boleh
               dibanggakan. Malah kajian awal Hanifah, Mohamadisa, Yazid, Mohamad dan Nasir (2015)
               yang  melibatkan  50  pelajar  Sarjana  Muda  Pendidikan  Geografi  di  UPSI  mendapati  tahap
               pengetahuan kandungan subjek Geografi yang dimiliki oleh bakal guru Geografi berada pada
               tahap yang tinggi iaitu dengan nilai (Min=4.04 dan SP=0.37). Ini bermakna bakal guru geografi
               mampu  menunjukkan  kecemerlangan  memahami  dan  mengaplikasi  ilmu  geografi  tersebut.
               Dapatan  Mohammad  Rusdi  (2017)  juga  menunjukkan  pengetahuan  pedagogi  kandungan
               mempunyai  kaitan  dengan  kefahaman  sesuatu  mata  pelajaran  kerana  kefahaman  guru
               mengenai kandungan mata pelajaran adalah berbeza daripada apa yang difahami oleh pakar isi
               kandungan  mata  pelajaran.  Pengetahuan  teknologi  pedagogi  juga  adalah  penting  dalam
               meningkatkan  kompetensi  guru  selari  dengan  pendapat  Koehler  dan  Mishra  (2009)  yang
               menyatakan para guru harus mengaplikasikan teknologi berkenaan di dalam sesi PdP secara
               kreatif dan berfikiran di luar kotak pada masa yang sama mahir dalam mata pelajaran yang di
               ajar.

               Kompetensi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Melaksanakan
               Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan


               Kompetensi  pengajaran  guru  geografi  harus  diteliti  kepada  dua  asas  bidang  geografi  iaitu
               geografi  fizikal  dan  geografi  manusia  yang  seharusnya  dikuasai  dengan  baik  oleh  guru
               peringkat Tingkatan Enam seiring dengan perkembangan geografi yang tidak statik ilmunya
               (Kandemir, 2016). Ini bermakna guru harus berseiring dengan perkembangan dalam teknologi
               pengajaran. Malah dalam menjalankan proses PdPc pelbagai kaedah yang boleh digunakan
               oleh guru seperti kaedah tunjuk cara, bercerita, menjalankan kajian, simulasi, sumbang saran,
               main peranan, menyediakan permainan, kaedah temu bual dan sebagainya yang bersesuaian
               dengan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai.
                       Shamsiah dan Azman (2015) menegaskan, tahap kemahiran yang perlu dimiliki dalam
               kalangan  guru mata pelajaran Geografi dalam  menggunakan TMK dalam  PdPc di  sekolah
               menengah  ialah  kemahiran  mengaplikasikan  perisian,  perkakasan  (pencetak,  pengimbas,
               projektor dan kamera digital), mengakses bahan pengajaran serta persediaan pengajaran dan
               pembelajaran.  Walaupun  kajian  yang  dilakukan  oleh  Ahmad,  Abdul  Razak,  Anisa  dan
               Norfarizah Adira (2015) iaitu mengenal pasti tahap TMK dalam kalangan guru di sekolah
               asrama penuh di Malaysia. Kajian yang dilakukan secara kuantitatif dengan jumlah sampel
                                                           86
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101