Page 101 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 101
Lokasi Sekolah Bandar 45 41.3
Luar Bandar 64 58.7
Jumlah 109 100.0
Pengalaman Mengajar 1 Tahun 21 19.3
2 Tahun 18 16.5
3 Tahun 18 16.5
4 Tahun 14 12.8
5 Tahun 38 34.9
Jumlah 109 100.0
Tahap Kompetensi Pengetahuan Guru Novis Geografi
Konstruk pengetahuan dalam kajian ini telah dibahagikan kepada dua sub konstruk iaitu
pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi. Dapatan kajian seperti
dalam Jadual 3 menunjukkan secara keseluruhan tahap konstruk pengetahuan berada pada
tahap sederhana dengan nilai (Min = 2.79 dan SP = 0.41). Dapatan ini tidak selari dengan kajian
Norhana et al., (2016) yang mendapati tahap kompetensi pengetahuan yang dimiliki oleh guru-
guru di sekolah menengah di Kelantan berada pada tahap yang tinggi.
Kedua-dua sub konstruk di bawah konstruk pengetahuan turut berada pada tahap
sederhana. Bagi sub konstruk pengetahuan kandungan subjek, tahap pengetahuan responden
berada pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 2.72 dan SP = 0.47). Dapatan ini bercanggah
dengan kajian Hanifah et al., (2015) yang mendapati tahap pengetahuan yang dimiliki oleh
pelajar tahun akhir ISMP Geografi di UPSI berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai
(Min = 4.04 dan SP = 0.37). Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan sub
konstruk pegetahuan pedagogi kandungan berada pada tahap sederhana dengan nilai (Min =
2.75 dan SP = 0.43). Dapatan ini disokong oleh Mohamad (2017) yang menyatakan
pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru novis berada pada tahap yang baik.
Kupasan Hanifah et al. (2019) menyatakan, amat penting bagi guru untuk memiliki
pengetahuan berkaitan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi kandungan mata pelajaran
91

