Page 105 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 105
Jadual 6
Analisis Perbezaan Kompetensi Pengetahuan, Kemahiran dan Ciri-ciri Peribadi berdasarkan
Tempoh Pengalaman Mengajar
Konstruk Punca Variasi JKD Dk MKD F p
Kompetensi Antara kumpulan .915 4 0.229 1.38 .246
pengetahuan
Dalam kumpulan 17.232 104 0.66
Jumlah 18.147 108
Kompetensi Antara kumpulan .761 4 0.190 2.38 .067
kemahiran
Dalam kumpulan 8.322 104 0.80
Jumlah 9.083 108
Kompetensi ciri- Antara kumpulan 1.795 4 0.449 3.72 0.07
ciri peribadi
Dalam kumpulan 12.554 104 0.121
Jumlah 14.349 108
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatan kajian tinjauan terhadap tahap kompetensi pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru novis Geografi yang berkhidmat di
bawah KPM berada pada tahap sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh pengalaman mengajar
yang masih belum mencukupi untuk membolehkan guru-guru novis ini mempunyai tahap
kompetensi yang tinggi. Berdasarkan analisis ANOVA yang dilakukan didapati wujudnya
perbezaan yang signifikan antara kompetensi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi
dengan tempoh mengajar guru novis. Guru novis Geografi yang mempunyai pengalaman
mengajar yang lebih lama mempunyai tahap kompetensi yang lebih baik berbanding guru novis
yang baru bekhidmat di antara satu hingga dua tahun. Kesimpulannya, dalam mencapai tahap
kompetensi yang tinggi dalam kalangan guru novis, institusi pendidikan guru dan universiti-
universiti yang menawarkan pelbagai kursus pendidikan bertanggungjawab untuk melatih
bakal-bakal guru agar dapat menjadi seorang guru yang mempunyai tahap kompetensi yang
mantap dalam semua aspek keguruan. Kerajaan juga perlu memastikan guru-guru novis
menjalani pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka meningkatkan penguasaan
elemen kompetensi sebagai seorang pendidik.
95

