Page 102 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 102

Jadual 3
               Tahap Kompetensi Pengetahuan

                    Konstruk      Tahap Rendah       Tahap       Tahap Tinggi    Min     SP      Tahap
                                                   Sederhana                                     Purata

                                  Bil.   Peratus   Bil.   Peratus   Bil.   Peratus
                                  (N)
                                          (%)     (N)    (%)     (N)     (%)

                 Pengetahuan     0      0.0      23     21.1     86    78.9     2.79    0.41   Sederhana

                   Kandungan    1      0.9      28     25.7     80    73.4     2.72    0.47   Sederhana
                   Subjek
                   Pedagogi     0      0.0      27     24.8     82    75.2     2.75    0.43   Sederhana
                   Kandungan

               Tahap Kompetensi Kemahiran Guru Novis Geografi

               Jadual 4 menunjukkan tahap kompetensi kemahiran dalam kalangan responden. Konstruk bagi
               kompetensi kemahiran dibahagikan kepada tiga sub konstruk iaitu kemahiran menggunakan
               TMK, kemahiran melaksanakan PdPc dan kemahiran mengurus bilik darjah. Dapatan kajian
               menunjukkan  tahap  keseluruhan  konstruk  kompentensi  kemahiran  berada  pada  tahap
               sederhana iaitu dengan nilai (Min = 2.91 dan SP = 0.29). Bagi konstruk kompetensi kemahiran,
               seramai 10 orang responden (9.2%) mempunyai tahap kemahiran yang sederhana manakala
               selebihnya seramai 99 orang responden (90.8%) mempunyai  tahap kemahiran  yang tinggi.
               Kajian ini selari dengan kajian Anuar dan Nelson (2015) yang mendedahkan bahawa majoriti
               guru  mempunyai  kompetensi  yang  tinggi  dengan  menguasai  strategi  kemahiran
               mempelbagaikan  strategi  pengajaran  kemahiran  membuat  penilaian  pembelajaran  dan
               kemahiran penggunaan teknologi maklumat
                       Seterusnya  dapatan  kajian  menunjukkan  tahap  keseluruhan  kompetensi  kemahiran
               responden dalam menggunakan TMK berada pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 2.87
               dan SP = 0.34). Dapatan ini bertentangan dengan kajian Ahmad et al., (2015) yang mendapati
               tahap kemahiran penggunaan TMK yang dimiliki oleh guru di sekolah asrama penuh berada
               pada tahap sederhana tinggi. Bagi sub konstruk kemahiran TMK seramai 14 orang (12.8%)
               mempunyai tahap kemahiran TMK sederhana manakala selebihnya seramai 95 orang (87.2%)
               mempunyai tahap kemahiran TMK yang tinggi.
                       Seterusnya tahap purata kemahiran responden dalam melaksanakan PdPc juga berapa
               pada  tahap  sederhana  iaitu  dengan  nilai  (Min  =  2.87  dan  SP  =  0.34).  Bagi  sub  konstruk
               kemahiran melaksanakan PdPc seramai 14 orang (12.8%) mempunyai tahap sederhana dan 95
               orang  (87.2%)  mempunyai  tahap  kemahiran  yang  tinggi  dalam  melaksanakan  PdPc.Jelas
               dapatan kajian ni selari dengan kajian Hasnah dan Jamaludin (2017) pula menunjukkan tahap
               kompetensi guru dari aspek pemahaman dan aspek pengetahuan berada pada tahap sederhana,
               manakala sikap guru berada pada tahap tinggi dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
               (KBAT).  Secara  keseluruhannya,  tahap  kompetensi  guru  adalah  berbeza  mengikut  mata
               pelajaran  dan  turut  dipengaruhi  oleh  faktor  demografi  serta  faktor-faktor  dalaman  seperti
               sokongan organisasi pentadbiran sekolah, latihan yang mencukupi dan pengurusan masa yang
               efisien  (Rohayati,  Ahmad  Fauzi  &  Othman,  2012).  Walaupun  kajian-kajian  ini  tidak
               melibatkan  guru  geografi  tetapi  jelas  ianya  melibatkan  sampel  guru  yang  dapat  memberi
               gambaran umum pemboleh ubah ini.




                                                           92
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107