Page 109 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 109
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Bagi Mata
Pelajaran Bahasa Tamil
3
1
2
Ramanathan Nagarathinam , Vanaja Ratnam , Usharani Arumugam
Sektor Bahasa dan Kesusasteraan,
Bahagian Pembangunan Kurikulum
3
2
1 ramanathan@moe.gov.my, vanaja.ratnam@moe.gov.my, usharani@moe.gov.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan 2017) bagi mata pelajaran Bahasa Tamil. Objektif kajian ini adalah untuk melihat
pemahaman dan kebolehan guru menterjemahkan DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil
SJKT Tahun 3 dan DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil SK Tahun 3 dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD). Reka
bentuk kajian ini berbentuk kaedah kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan
pemerhatian. Kajian ini melibatkan 20 orang guru Bahasa Tamil iaitu 12 orang guru dari
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan 8 orang guru dari Sekolah Kebangsaan. Mereka dipilih
dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang mempunyai
pemahaman yang jelas tentang kandungan DSKP dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan. Mereka berupaya menerapkan elemen-elemen yang
dinyatakan dalam DSKP. Mereka juga boleh melaksanakan PBD.
Kata kunci: DSKP, Bahasa Tamil, pemahaman guru, Pengajaran dan Pembelajaran(PdP),
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) telah diperkenalkan mulai
tahun 2017. KSSR (Semakan 2017) dibina bagi menggantikan KSSR yang telah dilaksanakan
pada tahun 2011 secara berperingkat-peringkat (Kementerian Pendidikan Malaysia,2016).
Manakala, KSSM dibina bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan KSSR yang bermula
pada tahun 2011. Salah satu mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum baru ini adalah
mata pelajaran Bahasa Tamil. Mata pelajaran Bahasa Tamil yang diajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil adalah untuk murid-murid penutur jati dan merupakan salah satu mata
pelajaran yang digolongkan dalam mata pelajaran arus perdana. Manakala mata pelajaran
Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan pula diajar sebagai mata pelajaran Tambahan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Pada tahun 2019, DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil SJKT Tahun 3 dan
DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil SK Tahun 3 mula digunakan di sekolah-sekolah
dalam perubahan kurikulum baharu ini. DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil SJKT
Tahun 3 dan DSKP KSSR (Semakan 2017) Bahasa Tamil SK Tahun 3 merangkumi standard
kandungan dan standard pembelajaran yang harus dikuasai oleh murid dalam sesuatu tempoh
persekolahan yang ditetapkan. Selain daripada itu, standard prestasi juga dinyatakan dalam
dokumen ini bagi membolehkan guru menentukan tahap penguasaan murid sebagai indikator
setakat mana murid telah menguasai sesuatu kelompok kemahiran asas bahasa (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Aspek-aspek kemahiran abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) juga disertakan dalam DSKP bagi
99

