Page 145 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 145

mengamalkan kerja berpasukan dan kefahaman terhadap falsafah terkini asas perlaksanaan
               PDPc  memberikan  sumbangan  yang  besar  terhadap  peningkatan  pencapaian  akademik.
               Kesemua dimensi tersebut mempunyai hubungan secara langsung dengan peranan guru yang
               melaksanakan PDPc di sekolah. Sehubungan itu, dapatan kajian ini menyokong kajian Nor
               Aishah Abdul Aziz, et. al., (2011) yang menyatakan profesionalisme sebagai suatu nilai yang
               berkait rapat dengan fungsi tugas dan peranan guru dalam menentukan tahap keberkesanannya
               melaksanakan  tanggungjawab  terhadap  kemanjadian  pelajar.  Di  sinilah  peri  pentingnya
               peranan guru yang profesional sebagai agen perubahan dalam membentuk modal insan yang
               mampu  mengisi  keperluan  negara  maju  akan  datang.  Menurut  Abdullah  Zawawi  (2011),
               langkah  KPM  memperkasakan  bidang  pendidikan  di  peringkat  nasional  merupakan  suatu
               langkah yang menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini berstatus negara maju.
                       Sementara  itu,  dimensi-dimensi  lain  seperti  berketerampilan,  proaktif,  kreatif  dan
               inovatif,  kecintaan  terhadap  profesion  juga  memberi  pengaruh  tinggi  terhadap  pencapaian
               akademik yang wajar diambil perhatian oleh guru-guru kerana turut mempengaruhi komitmen
               guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Guru yang kreatif dan
               inovatif  dalam  melaksanakan  PDPc  menunjukkan  bahawa  guru  tersebut  mempunyai  tahap
               profesionalisme yang tinggi.  Guru-guru seperti inilah diperlukan dalam menyediakan pelajar
               yang  berupaya  menjadi  model  insan  untuk  memenuhi  keperluan  tenaga  kerja  dalam  era
               revolusi 4.0. Kreativiti dan inovasi dalam PDPc menjadi tuntutan penting pada masa ini untuk
               melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kelas pertama supaya mampu bersaing dalam abad
               ke 21 dan seterusnya era Revolusi 4.0 yang penuh mencabar. Oleh itu, guru perlu meneliti dan
               menilai semula amalan PDPc yang bersifat stereotype dan memperkasakannya supaya bersifat
               student centered dan berkesan dengan penggunaan strategi dan teknik pembelajaran menarik.
               Dengan  lain  perkataan,  guru  perlu  memastikan  pengetahuan  dan  kemahirannya  sentiasa
               dipertingkatkan  serta  kemas  kini  sesuai  dengan  keperluan  semasa.  Menurut  Abdul  Halim
               Tamuri & Khadijah Abdul Razak (2003), guru-guru sewajarnya melihat perkara ini secara
               terbuka  dan  positif  kerana  dikhuatiri  akan  ketinggalan  kepada  arus  perubahan  dan
               kemungkinan akan terdapat pelajar yang lebih bijak daripada guru.
                       Kecintaan  terhadap  profesion  perguruan  juga  merupakan  satu  aspek  yang  perlu  di
               pertingkatkan  dalam  aspek  profesionalisme  guru  kerana  jelas  ia  menujukkan  implikasi
               terhadap komitmen guru dalam melaksanakan PDPc yang berkualiti. Dalam hal ini, guru perlu
               memahami  dan  melaksanakan  etika  keguruan dengan  mencintai  profesion  perguruan  itu
               sendiri. Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan semata-mata dari segi pendapatan
               malah yang lebih penting ialah dari aspek peranan dan sumbangannya. Dalam memastikan
               tahap profesionalisme guru sentiasa pada tahap terbaik, proses pemilihan guru juga merupakan
               satu aspek yang wajar diberi perhatian oleh KPM supaya calon-calon yang dipilih pada masa
               hadapan  benar-benar  memiliki  ‘roh’  sebenar  sebagai  guru  dan  bukannya  memilih  kerjaya
               perguruan sebagai pilihan terakhir setelah gagal mendapat pekerjaan di bidang lain. Misalnya,
               pemilihan calon guru di Finland juga sangat ketat di mana pihak universiti hanya memilih 10
               peratus daripada 5000 calon yang memohon ke fakulti pendidikan. Di samping itu, profesion
               perguruan juga sentiasa diperkukuhkan dengan memperuntukkan banyak wang untuk program-
               program persediaan guru dan sistem sokongan. Manakala di Singapura, pendidikan guru hanya
               dijalankan  oleh  National  Institute  of  Education  (NIE)  yang  terletak  di  kampus  Nanyang
               Technological Institute (NTU). Antara elemen utama pendidikan guru di Singapura ialah guru
               yang dipilih adalah dalam kalangan satu pertiga yang terbaik daripada lepasan murid sekolah
               menengah (Abdul Rashid Mohamed, 2014). Oleh itu, sistem pemilihan guru sedemikian dapat
               memastikan bakal-bakal guru yang dilahirkan mempunyai tahap profesionalisme tinggi serta
               mampu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap pencapaian akademik.
                       Dalam melahirkan guru-guru yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi, bukanlah
               pula  bergantung  semata-mata  kepada  pemilihan  calon-calon  guru  yang  berkualiti.  Aspek
                                                           135
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150