Page 28 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 28

11.  Saya menyediakan pelbagai aktiviti penyelesaian          3.22   0.71        ST
                      masalah yang melibatkan aplikasi KBAT
                12.  Saya menyediakan ruang untuk murid membuat               3.22   0.71        ST
                      penilaian kendiri
                13.  Saya menggalakkan murid untuk menerangkan                3.19   0.74        ST
                      bagaimana mereka menemui sesuatu keputusan atau
                      kesimpulan (pemikiran kritis)
                14.  Saya mengemukakan soalan-soalan aras tinggi              3.19   0.70        ST
                      (divergen) ketika penyoalan
                15.  Saya menggalakkan murid menilai kebenaran andaian        3.19   0.70        ST
                      berdasarkan bukti yang sah
                16.  Saya membuat refleksi dan penilaian terhadap             3.19   0.60        ST
                      keberkesanan penerapan KBAT yang dijalankan
                17.  Saya menggalakkan murid untuk menilai                    3.16   0.77        ST
                      kebolehpercayaan sumber-sumber sebelum menerima
                      sesuatu hujah
                18.  Saya menggalakkan murid untuk membuat inferens           3.12   0.61        ST
                      berdasarkan kepada bukti dan maklumat yang sedia
                      ada
                19.  Saya menggalakkan murid untuk mencari maklumat           3.06   0.62        ST
                      dan bukti sebelum mereka membuat generalisasi
                20.  Saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang              3.00   0.57        ST
                      berasaskan KBAT
                      Min Keseluruhan                                         3.32   0.70        ST
               Interpretasi: T – Tinggi, ST – Sederhana Tinggi, SR – Sederhana Rendah, R - Rendah

               Hubungan pengetahuan guru dengan amalan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi

               Ujian Korelasi Pearson yang telah dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
               antara tahap pengetahuan dengan amalan penerapan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan
               Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Utara Sabah iaitu pada tahap yang sederhana (r=0.579,
               p<0.05) sebagaimana ditunjukkan di dalam Jadual 6. Perkara ini menjelaskan semakin tinggi
               tahap pengetahuan guru berkenaan KBAT, semakin tinggi tahap amalan penerapan KBAT
               dijalankan dalam proses pembelajaran.

               Jadual 6
               Hubungan Antara Pengetahuan Guru Dengan Amalan Penerapan KBAT

                                                                       Tahap Amalan Penerapan KBAT
                Tahap pengetahuan guru          Pearson Colleration                               .579**
                                                Sig. (2-tailed)                                      .001
                                                N                                                      31
                **Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)



                                                   PERBINCANGAN

               Kajian ini mendapati tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman
               Zon Utara Sabah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berada pada tahap sederhana
               tinggi.  Dapatan  ini  menunjukkan  guru  Pendidikan  Islam  di  sekolah  rendah  pedalaman
                                                           18
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33