Page 68 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 68

Keperluan Kemahiran Intervensi Awal Bagi Murid Berkeperluan Khas

                                              Saiful Azam Khoo Abdullah
                                                 Sektor Pendidikan Khas,
                                           Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                                  skhero88@gmail.com


                                                         Abstrak

               Perkaitan intervensi awal dengan pendidikan khususnya bagi murid berkeperluan khas (MBK)
               adalah  penting  kerana  kajian  telah  menunjukkan  kesan  positif  intervensi  awal  dalam
               membantu  MBK  menguasai  pembelajaran  bermula  seawal  peringkat  prasekolah.  Kajian
               menunjukkan  bayi  dan  kanak-kanak  secara  umum  memerlukan  kurikulum  yang  berfokus
               kepada keperluan dan keupayaan mereka untuk meneroka dan membuat penemuan di dalam
               persekitaran  sekeliling  mereka  dengan  bimbingan  dan  sokongan  daripada  ibu  bapa,  ahli
               keluarga  dan  guru.  Pembelajaran  bilik  darjah  yang  berasaskan  aktiviti  intervensi  seperti
               multidisciplinary model of ABI (activity-based intervention) berupaya membantu MBK pada
               peringkat prasekolah untuk mengalami stimulasi tingkah laku dalam kehidupan harian secara
               lebih semula jadi dan bermakna. Namun, kebanyakan MBK tidak menerima intervensi awal
               sebelum memasuki alam persekolahan. Penulisan ini memperjelaskan kepentingan peringkat
               prasekolah menyediakan ruang intervensi awal dalam kurikulum agar MBK lebih bersedia
               untuk belajar dan menguasai pelbagai kemahiran di sekolah.

               Kata  Kunci:  kategori  ketidakupayaan  MBK,  domain  perkembangan,  kemahiran  berfungsi,
               intervensi awal, persekitaran semula jadi

                                                    PENGENALAN

               Pendidikan adalah hak asasi semua manusia kerana dari segi falsafahnya, semua insan di dunia
               ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Berdasarkan prinsip “Education for
               All  (EFA)”  yang digariskan oleh  The United Nations  Educational,  Scientific and Cultural
               Organization (UNESCO), salah satu matlamat pendidikan adalah memastikan bahawa pada
               tahun  2015,  semua  kanak-kanak  terutamanya  kanak-kanak  perempuan,  kanak-kanak
               pendidikan  khas  dan  mereka  yang  tergolong  dalam  kumpulan  minoriti  mendapat  akses
               pendidikan, percuma, wajib, lengkap dan berkualiti (Bricker et al., 2002). Semua potensi yang
               dimiliki  murid  juga  perlu  dikembangkan  tanpa  mengira  latar  belakang  termasuklah  murid
               berkeperluan khas (MBK).
                       Akta  Orang  Kurang  Upaya  (OKU)  2008  turut  menjelaskan  bahawa  kanak-kanak
               berkeperluan khas berhak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata tanpa diskriminasi
               atau  dikecualikan  bagi  mempertingkatkan  potensi  mereka.  Ini  kerana  ada  dalam  kalangan
               mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah
               mereka mampu melebihi pencapaian pelajar tipikal. Maka institusi pendidikan terutamanya
               sekolah memainkan peranan penting bagi menyediakan sistem persekitaran dan aktiviti yang
               bersesuaian dengan keperluan MBK bagi mengembangkan potensi mereka kerana mereka juga
               mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal (Zalizan, 2009).
               Pendidikan awal di Malaysia terutamanya seawal peringkat prasekolah memainkan peranan
               penting dalam perkembangan seseorang MBK secara optimum sebelum fasa transisi ke sekolah
               rendah.  Pada  peringkat  ini,  seseorang  MBK  perlu  diberi  peluang  untuk  belajar,  bermain,
               rekreasi dan melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran sosial bagi menyediakan mereka
                                                           58
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73