Page 73 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 73

mendapat  lesen  daripada  Jabatan  Pendidikan  menggunakan  ijazah  yang  diperolehi.
               Kebanyakan  guru  pendidikan  khas  yang  mengikuti  laluan  kerjaya  dalam  intervensi  awal
               bermula sebagai guru sekolah rendah dan prasekolah.

                       Di Amerika Syarikat, pakar intervensi awal merupakan pendidik yang terlatih untuk
               mengurus kanak-kanak daripada lahir sehingga umur empat tahun dalam menangani masalah
               perkembangan  lewat  (developmental  delay).  Pakar  intervensi  awal  menyediakan  bantuan
               sebaik  sahaja  kanak-kanak  didapati  menghadapi  masalah  dalam  pembelajaran  dan  juga
               menghindari  daripada  ketidakupayaan  yang  dialami  bertambah  teruk.  Kanak-kanak  kurang
               upaya  yang  menerima  perkhidmatan  intervensi  awal  mendapat  manfaat  yang  besar  dalam
               meminimumkan masalah perkembangan fizikal, pertuturan, kognitif dan tingkah laku yang
               teruk.  Pakar  intervensi  awal  akan  membuat  penilaian  terhadap  keupayaan  kanak-kanak
               berkenaan dan membangunkan pelan intervensi dengan cadangan aktiviti pembelajaran dengan
               matlamat dan sasaran yang jelas serta memantau kemajuan kanak-kanak tersebut. Sekiranya
               diperlukan dalam situasi tertentu, pakar intervensi awal akan merujuk ibu bapa kepada ahli
               patalogi pertuturan, ahli terapi cara kerja, ahli terapi fizikal dan lain-lain profesional kesihatan
               untuk intervensi yang lebih holistik.
                       Oleh  kerana  intervensi  awal  sesuai  diberikan  dalam  persekitaran  semula  jadi,
               kebanyakan pakar intervensi bekerja di tempat yang mempunyai bayi dan kanak-kanak seperti
               di taska, tadika, prasekolah dan juga bergerak secara bergerak dari rumah ke rumah (travel to
               families’ homes). Selain daripada itu, terdapat juga pakar intervensi awal di sekolah rendah,
               pusat  pembelajaran  berasaskan  komuniti,  pusat  intervensi  awal,  pusat  kesihatan  dan  lain
               (Autism  Speak  Newsletter).  Berdasarkan  kepada  keperluan  individu,  ada  masanya
               perkhidmatan  intervensi  awal  dijalankan  secara  kumpulan  dengan  gabungan  pelbagai
               kepakaran atau lebih dikenali sebagai MDT (multidisplinary team) sebagai contoh:

                       “For children, the presence of a biologically based disablitiy such as cerebral
                      palsy  or  a  sensory  loss,  requires  an  intervention  strategy  that  incorporates
                      knowledge about normative development and adaptation to a specific physical
                      impairment. The challenge is to integrate specialized service providers, when
                      they are required, within a comprehensive framework that addresses the generic
                      needs of all children and families.”
                                                      Early Childhood Interventions: Views from the Field,
                                          The National Academics of Sciences, Engeneering, Medicine (2000)

                       Melihat kepada keperluan kanak-kanak cerebral palsy ini, pelbagai kepakaran perlu
               berganding  bahu  memberikan  intervensi  awal  untuk  membolehkan  beliau  berjalan  dan
               bergerak (ahli terapi cara kerja untuk perkembangan motor kasar dan motor halus) dan belajar
               mengadaptasi dengan persekitaran contoh di sekolah (guru membantu dalam konteks kesediaan
               untuk belajar dan menguasai kemahiran).
               Bagi memastikan kompetensi ahli MDT daripada pelbagai bidang ini adalah pada tahap yang
               terbaik untuk menyediakan perkhidmatan intervensi awal yang berkualiti beberapa badan dan
               pertubuhan  telah  bergabung  dan  menyediakan  standard  kompetensi  yang  semua  ahli  perlu
               kuasai. Standard kompetensi ini dikenali sebagai ‘Cross-Disciplinary Competency Alignment’.
               Gabungan tujuh organisasi iaitu:
                   i)     The Council of Exceptional Children (CEC),
                   ii)    The Division of Early Childhood (DEC),
                   iii)   The American Occupational Therapy Association (AOTA),
                   iv)    The American Physical Therapy Association (APTA),
                   v)     The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA),

                                                           63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78