Page 69 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 69

menghadapi  peringkat  pendidikan  selanjutnya.  Oleh  sebab  itu,  usaha  yang  tinggi  perlu
               dilakukan  supaya  pendidikan  awal  ini  menyediakan  suasana  pembelajaran  terbaik  dan
               mewujudkan kesan positif dalam hidup MBK.
               Perkembangan  pendidikan  pada  tahun  2000-an  menyaksikan  kurikulum  prasekolah  adalah
               berfokus kepada peningkatan kemahiran literasi melalui konsep lima dimensi kesediaan murid
               sebagai pengetahuan utama (De-Souza, 2015). Lima dimensi kesediaan meliputi:
                   i)     kesejahteraan  fizikal  atau  perkembangan  motor  melibatkan  pergerakan  dan
                          koordinasi,
                   ii)    perkembangan  bahasa  melibatkan  bahasa  lisan,  nursery  rhymes,  sajak,  isyarat
                          tangan, lagu, membaca, bercerita dan menulis,
                   iii)   perkembangan sosial dan emosi melibatkan autonomi dan kemahiran sosial,
                   iv)    kaedah, rutin dan amalan belajar, dan
                   v)     perkembangan  kognitif  dan  perolehan  pengetahuan  melibatkan  kemahiran
                          menaakul,  memahami  konsep  nombor,  orientasi  masa,  ruang,  sains,  pendidikan
                          jasmani, muzik dan seni visual.

               Kajian dalam keperluan murid prasekolah secara umumnya berpendapat bahawa kurikulum
               peringkat prasekolah perlu memberi ruang dan sokongan kepada perkembangan fizikal, sosial,
               emosi dan kognitif murid. Perkembangan domain berkenaan perlu dilihat bersekali (multiple
               domains)  dan  setiap  domain  adalah  berkait.  Sokongan  kepada  perkembangan  fizikal  atau
               psikomotor, sosial, emosi, tingkah laku dan kognitif dalam bentuk aktiviti intervensi perlu
               diberikan kepada kanak-kanak terutamanya yang berkeperluan khas seawal boleh bermula di
               rumah. Perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek melibatkan kolaborasi dan pengaruh
               antara persekitaran, kanak-kanak dan keluarga (Bazyk et al., 2009). Intervensi awal ini perlu
               disediakan dalam persekitaran semula jadi MBK iaitu di rumah apabila MBK dan ahli keluarga
               berinteraksi dan menghabiskan masa bersama serta merupakan rutin harian sekeluarga untuk
               berkumpul di rumah (Rush, Sheldon, & Hanft, 2003).
                       Rutin di rumah akan disambung di sekolah setelah MBK memulakan sesi persekolahan
               di peringkat prasekolah. Menurut Kashinath, Woods, & Goldstein (2006), apabila intervensi
               berasaskan perkembangan domain yang telah dijelaskan sebelum ini, disepadukan dalam rutin
               dan  aktiviti  harian  di  sekolah,  kemahiran  yang  diajar  akan  menjadi  lebih  berfungsi  dan
               bermakna kepada MBK dan juga guru serta keluarga. Intervensi boleh diintegrasikan di dalam
               rutin harian di  kelas  prasekolah semasa MBK bermain,  mengurus diri  (membasuh  tangan,
               mencuci muka dan sebagainya), membaca, memilih mainan, mengemas mainan dan semasa
               menyambut kehadiran rakan di kelas. Oleh sebab itu, kurikulum prasekolah perlu menyediakan
               ruang untuk memaksimumkan pembelajaran melalui rutin harian dan pelbagai aktiviti bilik
               darjah. Rutin dan aktiviti bilik darjah yang menarik dan mampu meningkatkan perkembangan
               domain murid melalui intervensi akan memastikan murid sentiasa berminat dan proaktif (Dunst
               et  al.,2001a).  Aktiviti  intervensi  awal  di  prasekolah  yang  berfokus  kepada  domain
               perkembangan kognitif, komunikasi, sosioemosi, tingkah laku, motor kasar dan motor halus
               dapat membantu MBK untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka di bilik
               darjah.

                                             DASAR INTERVENSI AWAL

               Dasar intervensi awal bagi MBK pada asalnya telah dimandatkan melalui Public Law 90-538
               (1968) atau dikenali sebagai Handicapped Children’s Early Education Assistance Act. Polisi
               ini telah menyediakan peruntukan kewangan kepada keluarga yang mempunyai anak kurang
               upaya khususnya pada peringkat bayi dan kanak-kanak prasekolah untuk menjalani program
               intervensi awal. Polisi ini juga yang telah memulakan usaha menjadikan program intervensi
                                                           59
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74