Page 75 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 75

ibu  bapa  dan  masyarakat.  Contoh  bentuk  sistem  yang  ada  di  luar  negara  adalah  seperti
               ‘Individualized Family Service Plan’ atau IFSP. Namun demikian, amalan intervensi awal ini
               tidak ditekankan kepada ibu bapa dan akhirnya membawa kesukaran kepada guru pendidikan
               khas dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid transisi ke sekolah
               rendah.  Struktur  intervensi  yang  jelas  dan  berterusan  daripada  peringkat  di  rumah  melalui
               intervensi awal dan disambung dengan aktiviti intervensi di sekolah juga tidak wujud di negara
               kita. Oleh kerana tiada struktur program intervensi yang jelas, maka guru kurang jelas dalam
               melaksanakan intervensi melalui Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Ketiadaan struktur
               intervensi yang jelas juga, kerjasama ibu bapa dan guru tidak dapat dipertingkatkan dalam
               memastikan  anak  atau  MBK  mendapat  khidmat  sokongan  yang  relevan  dan  bersesuaian
               melalui IFSP dan RPI.
                       Salah satu faktor penting kejayaan program intervensi awal  adalah penglibatan dan
               kerjasama  pihak  ibu  bapa  dan  keluarga.  Kajian  oleh  Bari  et  al.  (2016)  juga  menjelaskan
               kekecewaan sekolah yang kurang mendapat kerjasama dan penglibatan serius daripada ibu
               bapa.  Aktiviti  intervensi  perlu  berterusan  sama  ada  bermula  di  rumah  atau  sekolah  dan
               diteruskan sama ada di sekolah atau rumah. Kolaboratif dengan pelbagai pihak seperti hospital
               dan  NGO,  ibu  bapa  dan  komuniti  perlu  dipertingkatkan  dengan  kefahaman  dan  galakan
               sepenuhnya oleh pihak pengurusan tertinggi sekolah. Ini adalah kerana pada kebiasaannya,
               program intervensi hanya dibuat di pusat-pusat NGO sahaja. Oleh itu, guru perlu didedahkan
               dengan kemahiran-kemahiran di pusat intervensi awal agar dapat menarik minat mereka dalam
               menjalankan intervensi awal di bilik darjah.
                       Malaysia  mempunyai  kecenderungan  untuk  mengamalkan  model  intervensi  awal
               secara kolaborasi dan kerjasama pelbagai pihak sebagai satu pasukan (multidisciplinary team
               atau MDT). Namun  perkembangan MDT masih  tidak dapat  digunakan sepenuhnya  kerana
               ramai  ahli  MDT  sendiri  tidak  mempunyai  pengetahuan  dan  kemahiran  mengenai  aktiviti
               intervensi dan MDT lebih berfokus kepada fungsi dan tanggungjawab pakar kesihatan seperti
               ahli psikologi, ahli terapi cara kerja, ahli audiologi dan sebagainya. Guru pendidikan khas yang
               juga merupakan ahli penting daripada bidang pendidikan juga tidak mempunyai kemahiran dan
               panduan  untuk  melaksanakan  intervensi  awal.  Oleh  sebab  itu,  terdapat  keperluan  di  mana
               kemahiran  intervensi  awal  ini  disediakan  dalam  konteks  inklusif  kurikulum.  Kurikulum
               prasekolah boleh menjadikan elemen perkembangan fizikal, kognitif, pertuturan atau bahasa,
               sosioemosi dan pengurusan diri sebagai standard pembelajaran di dalam kurikulum. Elemen
               multisensori manipulatif dalam pembelajaran bahasa melalui tulisan perlu dijadikan standard
               pembelajaran.  Cadangan  aspek  intervensi  awal  yang  boleh  dijadikan  sebagai  standard
               pembelajaran  di  dalam  kurikulum  prasekolah  pendidikan  khas  tanpa  mengira  kategori
               ketidakupayaan murid berkeperluan khas seperti di Negara New Zealand yang menggunakan
               panduan Arizona Early Learning Standards (Arizona Department of Education, 2018).

                CADANGAN INTERVENSI AWAL MBK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN DI
                                                 PERINGKAT PRASEKOLAH

               Berdasarkan  dapatan  kajian  terdahulu,  kanak-kanak  kurang  upaya  penglihatan  mengalami
               masalah dalam perkembangan kemahiran motor berbanding dengan rakan sebaya mereka yang
               tipikal. Pemberian intervensi di peringkat awal usia serta di persekitaran semula jadi dilihat
               membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan pelbagai aspek atau kemahiran di bawah
               kemahiran  motor  halus  mereka.  Intervensi  awal  memainkan  peranan  yang  penting  dalam
               membantu  mengelakkan  kanak-kanak  dari  mengalami  kelewatan  perkembangan  melalui
               pelaksanaan  latihan-latihan  koordinasi,  manipulasi  alatan  dan  kinestatik  dan  rangsangan-
               rangsangan sensori  yang sesuai  (Reimer, A.M., Smits-Engelsman, B.C.M. & Siemonsma-


                                                           65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80