Page 77 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 77

membantu  dalam  mengelakkan  objek  atau  permainan  kanak-kanak  daripada  terjatuh  dan
               menstabilkan sesuatu yang dipegang.
                       Bagi  meningkatkan  keupayaan  dalam  aspek  kekuatan  genggaman,  pertama  sekali
               adalah dengan memberi bimbingan secara memandu tangan kanak-kanak ini untuk menyentuh
               benda-benda. Kanak-kanak ini diberikan peluang untuk menyentuh pelbagai benda ataupun
               objek  pelbagai  tekstur,  bentuk  dan  saiz.  Kemudian,  aktiviti  yang  melibatkan  pergerakan
               menolak serta menarik di bahagian lengan dan tangan seperti bermain tanah liat, menarik atau
               menolak troli yang berisi barang. Selain itu, latihan-latihan koordinasi, manipulasi alatan dan
               kinestatik dan rangsangan-rangsangan sensori yang sesuai juga dapat membantu peningkatan
               tahap  kemahiran  motor  halus  (Jamilah,  2005).  Bagi  menggalakkan  keupayaan  kemahiran
               manipulasi,  aktiviti  mudah  yang  boleh  dilakukan  adalah  dengan  memberi  kanak-kanak
               sekeping duit syiling pada hujung jari mereka dan meminta mereka menggenggamnya di tapak
               tangan.
                       Selain  itu,  pelbagai  lagi  latihan  dalam  intervensi  awal  boleh  diberikan.  Contohnya
               latihan berasaskan kefungsian objek iaitu kanak-kanak ini akan dilatih untuk memegang sudu
               secara melintang dan makan tanpa bantuan menggunakan sudu. Ini selaras dengan hujah oleh
               Case-Smith (2000) yang menyatakan bahawa latihan makan tanpa bantuan, latihan berpakaian
               dan membasuh tangan merupakan aktiviti kemahiran kefungsian yang dapat membangunkan
               kemahiran motor.  Latihan kombinasi pelbagai alatan juga boleh dijalankan misalnya kanak-
               kanak akan cuba memasukkan objek kecil dan besar ke dalam bekas yang telah disediakan.
               Aktiviti yang melibatkan manipulasi objek dan manipulasi tubuh badan juga boleh dijalankan.
               Antaranya termasuklah membentuk menggunakan tanah liat, mengalih helaian buku, membuka
               bungkusan makanan, menanggalkan baju atau mengelap tangan dan muka. Aktiviti-aktiviti
               terapi motor halus dalam kesemua aspek ini mampu membangunkan keupayaan motor halus
               yang  penting  dalam  aktiviti  urus  diri  seseorang  kanak-kanak  bermasalah  penglihatan
               (Brambring, 2007).

                                                      RUMUSAN

               Kesimpulannya, kelewatan dalam perkembangan MBK perlu diberi intervensi awal melalui
               aktiviti-aktiviti  yang  sesuai  dan  semua  pihak  terutamanya  guru  dan  ibu  bapa  memainkan
               peranan yang penting bagi meningkatkan kemahiran MBK ini. Bagi perkembangan pendidikan
               khas pada masa hadapan, guru pendidikan khas khususnya guru pendidikan khas prasekolah
               perlu  diberi  latihan  berkenaan  kemahiran  melaksanakan  intervensi  awal.  Pengintegrasian
               elemen  intervensi  awal  dalam  kurikulum  prasekolah  membolehkan  MBK  mendapat
               pendedahan seawal yang boleh dan mengurangkan risiko kerumitan impak ketidakupayaan dan
               masalah pembelajaran yang akan menjadi halangan untuk mereka belajar pada masa depan.


                                                       RUJUKAN

               Addison, D. (2003). Art therapy with gay, lesbian, bisexual and transgendered clients. Gender
                      issues in art therapy, 53-68.
               Bari,  S.,  Abdullah,  N.,  Abdullah,  N.,  &  Yasin,  M.  H.  M.  (2016).  Early  intervention
                      implementation  preschool  special  education  students  in  Malaysia. International
                      Journal for Innovation Education and Research, 4(6), 139-155.
               Brambring, M. (2007). Divergent development of manual skills in children who are blind or
                      sighted. Journal of Visual Impairment & Blindness, 101(4), 212-225.
               Bazyk,  S.,  Michaud,  P.,  Goodman,  G.,  Papp,  P.,  Hawkins,  E.,  &  Welch,  M.  A.  (2009).
                      Integrating occupational therapy services in a kindergarten curriculum: A look at the
                                                           67
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82