Page 83 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 83

belum mencapai kemerdekaan lagi. Usaha awal tersebut telah dilaksanakan oleh pihak British
               dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam kalangan
               murid  dari  pelbagai  kumpulan  etnik  (Robiah  &  Zahara,  1992).  Maka  di  sini  dapat  dilihat
               bahawa  matlamat  asas  pengenalan  pendidikan  sivik  di  Malaysia  adalah  untuk  mencapai
               perpaduan yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat yang bersifat multietnik serta ke arah
               pembentukan sebuah negara bangsa yang unggul.
                       Tahun demi tahun sukatan pelajaran pendidikan sivik telah dikaji, dikemas kini dan
               diperbaharui supaya bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan semasa  Ini dapat dilihat
               dengan perkembangan pengenalan pendidikan sivik semula di peringkat prasekolah, sekolah
               rendah dan sekolah menengah mulai Jun 2019. Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasa
               secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum  dan
               pelbagai aktiviti sekolah. Dalam aspek kurikulum, pendidikan sivik dilaksanakan dalam mata
               pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.
               Lantaran itu, guru perlu bertindak bijak dalam menyepadukan aspek kurikulum bagi setiap
               mata pelajaran tersebut dengan tajuk dan nilai teras pendidikan sivik.
                       Pelaksanaan pendidikan sivik menerusi kurikulum memerlukan kesediaan guru yang
               cukup rapi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai serta
               sekaligus  melahirkan  warganegara  murid  yang  mengetahui  hak,  bertanggungjawab  dan
               berakhlak  mulia.  Memang  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  guru  sebagai  nadi  utama  yang
               mendidik  murid  memainkan  peranan  penting  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.
               Sehubungan  itu,  guru  harus  mempunyai  kesediaan  yang  tinggi  dari  aspek  penguasaan
               kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Bagi tujuan kajian ini, tiga aspek utama iaitu kesediaan
               guru dalam aspek penguasaan kandungan perincian pendidikan sivik, pedagogi dan pentaksiran
               dikupas secara mendalam.

               Pengetahuan Kandungan Perincian

               Kurikulum pendidikan sivik menekankan kepada literasi sivik yang merangkumi tiga elemen
               iaitu pengetahuan sivik, sosioemosi dan tindakan sivik. Bagi memastikan murid menguasai
               literasi  sivik  ini,  guru  harus  berupaya  dalam  merancang  serta  melaksanakan  aktiviti
               pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, guru perlu menguasai ilmu kandungan, pedagogi
               dan pentaksiran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
               dicapai (Rohaan, Taconis & Jochems, 2012). Bahkan juga penguasaan guru dalam tiga domain
               pengetahuan  ini  amat  penting  bagi  memastikan  murid  memperoleh  ilmu,  kemahiran  serta
               menyemai nilai sivik dalam kehidupan.
                       Penguasaan  pengetahuan  kandungan  memerlukan  guru-guru  memahami  dan
               mendalami  kandungan  perincian  pendidikan  sivik.  Guru-guru  yang  terlibat  untuk
               menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran perlu menguasai sepenuhnya tajuk-tajuk
               yang terdapat dalam dokumen Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik. Kandungan perincian
               tersebut merangkumi pelbagai ilmu serta maklumat seperti hak asasi, hubungan dengan orang
               lain, warisan budaya masyarakat Malaysia, kedaulatan negara dan kelestarian alam sekitar.
               Pemahaman berkaitan kandungan perincian pendidikan sivik ini penting untuk mengupayakan
               guru membantu murid mengukuhkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, berunding
               dan menyelesaikan konflik serta membuat keputusan, hidup bersama-sama dalam masyarakat
               berbilang kaum dan etnik serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
                       Dalam pada itu, asas pengetahuan bagi pendidikan guru juga banyak berfokus kepada
               pengetahuan kandungan (Chee, Mariani, Othman & Mashitah, 2017). Pengetahuan kandungan
               diletakkan sebagai pengetahuan penting yang perlu dimiliki oleh seseorang guru (Altun, 2013).
               Seorang guru tidak boleh mengajar perkara yang guru itu sendiri tidak fahami dan kuasai. Guru
               yang tidak menguasai pengetahuan kandungan akan menghadapi kesukaran untuk membantu
                                                           73
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88