Page 86 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 86

berkaitan  dengan  maklumat  am  responden,  iaitu  latar  belakang  yang  berkaitan  ciri-ciri
               demografi  guru-guru.  Bahagian  B  pula  merupakan  soalan-soalan  tentang  kesediaan  guru
               menyepadukan  pendidikan  sivik  dalam  mata  pelajaran  serta  keupayaan  penguasaan
               pengetahuan kandungan, pedagogi dan pentaksiran.
                       Item-item dalam soal selidik ini diubahsuai daripada instrumen kajian Schmidt, Baran,
               Thompson,  Mishra,  Koehler  dan  Shin  (2009)  yang  melibatkan  tujuh  domain  pengetahuan.
               Namun  begitu,  item-item  bagi  domain  pengetahuan  kandungan,  pedagogi  dan  pentaksiran
               sahaja dipilih memandangkan kajian ini hanya mengukur tiga aspek tersebut. Soal selidik ini
               menggunakan skala likert 4 mata iaitu (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Tidak Setuju, (3) Setuju
               dan (4) Sangat Setuju.

               Analisis Kajian

               Statistik deskriptif seperti skor min dan sisihan piawai telah digunakan untuk menerangkan
               tentang taburan data. Skor min yang diperoleh diinterpretasikan berdasarkan skala likert empat
               mata yang diadaptasi daripada Riduwan (2012) seperti mana dalam Jadual 1.0. Analisis ujian
               inferensi juga telah digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan kandungan
               perincian, pedagogi dan pentaksiran dengan kesediaan guru sekolah rendah menyepadukan
               pendidikan sivik dalam mata pelajaran.

               Jadual 1
               Interpretasi Skor Min Skala Likert Empat

                                   Skor Min                                Interpretasi Min
                                 1.00 – 1.50                                 Kurang kaitan
                                 1.51 – 2.50                                    Rendah
                                 2.51 – 3.50                                  Sederhana
                                 3.51 – 4.00                                    Tinggi


                                                  DAPATAN KAJIAN

               Dapatan kajian menjawab empat persoalan kajian yang berkaitan dengan tahap pengetahuan
               kandungan perincian pendidikan sivik, pengetahuan pedagogi, pengetahuan pentaksiran dan
               hubungan ketiga-tiga aspek tersebut dengan kesediaan guru menyepadukan pendidikan sivik
               dalam mata pelajaran.

               Apakah tahap pengetahuan kandungan perincian pendidikan sivik dalam kalangan guru
               sekolah rendah?

               Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya guru-guru sekolah rendah mempunyai
               tahap penguasaan pengetahuan kandungan perincian pendidikan sivik pada tahap sederhana
               (M=2.90, SP=0.36). Jadual 2.0 menunjukkan nilai min item-item yang mengukur penguasaan
               pengetahuan kandungan perincian pendidikan sivik.







                                                           76
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91