Page 85 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 85

OBEJKTIF KAJIAN

               Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru sekolah rendah
               menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran dari aspek penguasaan pengetahuan
               kandungan  perincian,  pedagogi  dan  pentaksiran.  Secara  spesifik,  kajian  ini  bertujuan
               menjawab soalan-soalan berikut:

               i.    Apakah tahap pengetahuan kandungan perincian pendidikan sivik dalam kalangan guru
                     sekolah rendah?
               ii.   Apakah tahap pengetahuan pedagogi bagi menyepadukan pendidikan sivik dalam mata
                     pelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah?
               iii.   Apakah tahap pengetahuan pentaksiran pendidikan sivik dalam kalangan guru sekolah
                     rendah?
               iv.   Apakah tahap kesediaan menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran dalam
                     kalangan guru sekolah rendah?
               v.    Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kandungan, pedagogi dan
                     pentaksiran  dengan  kesediaan  guru  menyepadukan  pendidikan  sivik  dalam  mata
                     pelajaran?

                                               METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk Kajian

               Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan
               mengkaji sesuatu masalah, fenomena atau hal baharu dalam aturan dengan tujuan mengetahui,
               menganalisis atau memperakui masalah, fenomena atau hal tersebut. Justeru itu, penggunaan
               kajian kuantitatif secara tinjauan dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data
               berkaitan tahap kesediaan guru sekolah rendah untuk menyepadukan pendidikan sivik dalam
               mata pelajaran. Tahap kesediaan yang dimaksudkan ialah dari segi pengetahuan kandungan
               perincian, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pentaksiran. Selain itu, kajian tinjauan ini
               bukan sahaja memerihalkan data deskriptif, malah mengenal pasti hubungan antara tiga aspek
               iaitu penguasaan pengetahuan kandungan perincian, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
               pentaksiran dengan kesediaan guru menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran.

               Kaedah Pensampelan

               Kaedah  pensampelan  yang  digunakan  ialah  pensampelan  bertujuan  (purposive  sampling).
               Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu,
               Bahasa  Inggeris,  Sejarah,  Pendidikan  Moral  dan  Pendidikan  Islam  di  daerah  Kuching  dan
               Padawan, Sarawak. Guru-guru ini terlibat dalam menyepadukan pendidikan sivik dalam mata
               pelajaran.  Seramai  811  orang  guru  sekolah  rendah  yang  terlibat  untuk  menyepadukan
               pendidikan sivik dalam mata pelajaran tersebut telah dipelawa dan bersetuju menjadi sampel
               kajian ini.

               Instrumen Kajian

               Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik secara dalam talian. Soal selidik sesuai
               digunakan bagi kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengumpul data dari jumlah responden
               yang agak banyak (Rowley, 2014). Sementara itu, soal selidik bagi kajian ini mengandungi dua
               bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada soalan-soalan yang
                                                           75
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90