Page 94 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 94
Kompetensi Pengetahuan, Kemahiran dan Ciri-Ciri Peribadi Guru-Guru Novis
Geografi dalam Memenuhi Standard Kurikulum Sekolah Menengah
1
2
Prof. Madya Dr. Hanifah Mahat , Nurul Alia Atiqah Kamaruddin
Universiti Pendidikan Sultan Idris
1 hanifah.mahat@fsk.upsi.edu.my, aliakamaruddin02@gmail.com
2
Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang tahap kompetensi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
peribadi yang dimiliki oleh guru novis Geografi di Malaysia. Sampel kajian yang dipilih terdiri
daripada 109 orang responden yang terdiri daripada guru-guru novis Geografi yang baru
memulakan perkhidmatan dan pengalaman mengajar antara satu hingga lima tahun di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Reka bentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk
tinjauan dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian pula
dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) versi 20.0
bagi mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan (M= 2.79, SP = 0.41), kemahiran (M= 2.91, SP = 0.29) dan ciri-ciri peribadi
(M= 2.84, SP = 0.36) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri
peribadi berdasarkan tempoh mengajar guru novis. Dapatan ini menjelaskan bahawa tahap
kompetensi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi berdasarkan tempoh mengajar guru
novis. Maka dengan itu, dapatan ini menjelaskan bahawa tahap kompetensi pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru novis Geografi di Malaysia berada
pada tahap sederhana.
Kata Kunci: Kompetensi, kompetensi pengetahuan, kompetensi kemahiran, kompetensi ciri-
ciri peribadi, guru novis Geografi
PENGENALAN
Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan negara telah melalui beberapa fasa, bermula
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Semakan (2003) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (2017). Perubahan kurikulum
negara dalam tempoh masa dilaksanakan kerana kepelbagaian faktor seperti sosio-politik,
ekonomi, budaya dan persekitaran. Perubahan kandungan kurikulum turut seiring dengan
perkembangan peringkat negara dan global. Justeru para pendidik sebagai pelaksana kurikulum
perlu mempunyai kefahaman tentang kurikulum yang dilaksanakan. Para pendidik mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang
berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, produktif dan sedia berbakti.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, guru berperanan menyampaikan ilmu dengan nilai yang
profesionalisme dan kompetensi yang sewajarnya. Seorang guru perlu mempunyai
pengetahuan berkaitan kandungan Geografi dan dapat menjelaskan segala perkara dengan
menggunakan gambar, peta, artikel jurnal, berita dan media (Aikaterini, 2014). Guru yang
berkualiti merupakan faktor penentu kepada pencapaian pelajar di sekolah dan guru yang
berkualiti merujuk kepada guru yang kompeten dan komited dengan tugas profesionalnya
(Norhana, Juliana & Siti, 2016). Justeru guru yang mempunyai kompetensi yang tinggi
berpotensi untuk menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Kompetensi guru merupakan faktor
84

