Page 89 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 89

Jadual 5
               Tahap Kesediaan Guru Menyepadukan Pendidikan Sivik

                 Bil                     Item                        N       Min       SP       Tahap
                1.    Saya dapat menyediakan Rancangan              811      2.97     0.38    Sederhana
                      Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai
                      dengan tajuk pendidikan sivik dalam mata
                      pelajaran.
                2.    Saya    dapat    menggunakan     perincian    811      2.97     0.36    Sederhana
                      pemetaan     pendidikan     sivik    untuk
                      menyediakan RPH.
                3.    Saya dapat menyediakan aktiviti pengajaran    811      2.97     0.35    Sederhana
                      yang sesuai dengan objektif yang dirancang.
                4.    Saya  menyediakan  peralatan/bahan  bantu     811      2.90     0.40    Sederhana
                      belajar   untuk   sesi   pengajaran    dan
                      pembelajaran  pendidikan  sivik  dalam  mata
                      pelajaran.
                5.    Saya yakin untuk menyepadukan pendidikan      811      2.91     0.44    Sederhana
                      sivik  dalam  mata  pelajaran  (Bahasa
                      Melayu/Bahasa Inggeris/Sejarah/Pendidikan
                      Moral/Pendidikan Islam/Prasekolah)

               Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kandungan, pedagogi
               dan pentaksiran dengan kesediaan guru menyepadukan pendidikan sivik dalam mata
               pelajaran?

               Menurut Cohen (1988) koefisien korelasi adalah ditaksirkan dengan hubungan antara 0.10 –
               0.29  lemah,  0.30  –  0.49  sederhana  dan  0.50  –  1.0  kuat.  Dapatan  daripada  Jadual  6.0
               menunjukkan  bahawa  terdapat  hubungan  signifikan  yang  kuat  di  antara  penguasaan
               pengetahuan kandungan dengan kesediaan guru menyepadukan pendidikan sivik dalam mata
               pelajaran di mana nilai pekali korelasinya ialah (r = .617**, p < 0.01). Seterusnya hasil analisis
               korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat di antara pengetahuan pedagogi
               dengan kesediaan guru menyepadukan pendidikan sivik dengan nilai pekali korelasinya ialah
               (r = 0.653**, p < 0.001). Begitu juga dapatan yang menunjukkan terdapat hubungan signifikan
               yang  kuat  antara  penguasaan  tentang  pentaksiran  dengan  kesediaan  guru  menyepadukan
               pendidikan sivik dalam mata pelajaran dengan nilai pekali korelasinya ialah (r = 0.569**, p <
               0.01). Secara keseluruhannya, penguasaan pengetahuan kandungan, pedagogi dan pentaksiran
               yang sederhana juga mempunyai kesediaan untuk menyepadukan pendidikan sivik dalam mata
               pelajaran yang sederhana.

               Jadual 6
               Hubungan Antara Penguasaan Kandungan, Pedagogi Dan Pentaksiran Dengan    Kesediaan
               Guru Menyepadukan Pendidikan Sivik Dalam Mata Pelajaran

                                                                     Kesediaan Guru
                   Pengetahuan Kandungan Perincian                       0.617**
                        Pengetahuan Pedagogi                             0.653**
                       Pengetahuan Pentaksiran                           0.569**
                **signifikan pada aras keertian 0.01


                                                           79
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94