Page 91 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 91

dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Ini bagi memastikan isi kurikulum khususnya
               pendidikan sivik diperkenalkan semula di sekolah dapat difahami dengan berkesan.
                       Sesungguhnya  guru  memainkan  peranan  penting  dalam  memastikan  keberkesanan
               pelaksanaan pendidikan sivik melalui kurikulum. Oleh itu, sokongan dan bimbingan khususnya
               berkaitan  pembinaan  modul  exemplar  perlu  dilaksanakan  secara  berterusan  agar  guru  di
               sekolah  yakin  dan  berupaya  mencapai  matlamat  pelaksanaan  pendidikan  sivik  dalam
               kurikulum ini. Modul exemplar dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan pengajaran dan
               pembelajaran  sama  ada  dalam  dan  luar  bilik  darjah.  Sehubungan  dengan  itu,  kepakaran
               pegawai  School  Improvement  Specialist  Coaches  (SISC+)  perlu  dimanfaatkan  dalam
               membimbing  guru-guru  di  sekolah  untuk  membina  modul  exemplar  yang  kaya  dengan
               pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pegawai SISC+ dan guru juga
               harus  berkolaborasi  secara  aktif  dalam  mengenal  pasti  isu-isu  pembelajaran  murid  serta
               mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian.
                       Seterusnya, perkongsian amalan terbaik pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum
               perlu digalakkan dalam kalangan guru-guru di sekolah. Guru-guru boleh memuat naik modul
               exemplar yang telah dihasilkan untuk dikongsi bersama. Perkongsian modul-modul exemplar
               ini  secara  tidak  langsung  dapat  memberikan  idea  serta  sekaligus  meningkatkan  kualiti
               pengajaran dalam kalangan guru. Bahkan juga guru-guru boleh berkongsi kaedah atau teknik
               penyampaian  yang  berkesan  menerusi  platform  seperti  Google  Classroom,  Youtube  dan
               sebagainya. Selain dapat belajar daripada satu sama lain, pendekatan perkongsian ini akan
               dapat mengukuhkan lagi jaringan kerjasama antara guru-guru.

                                                    KESIMPULAN

               Mengungkap kepentingan pendidikan sivik ini, Bertrand Russell pernah berkata, “Without civic
               morality communities perish; without personal morality their survival has no value” (John G.,
               2009) . Petikan kata-kata ini amat bermakna dan perlu difahami oleh setiap warganegara bagi
               menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu,
               masalah  dan  cabaran  serta  boleh  berfungsi  dalam  sistem  sosiopolitik.  Lantaran  itu,
               penyepaduan pendidikan sivik dalam mata pelajaran perlu dilaksanakan secara berkesan agar
               matlamat  untuk  melahirkan  murid  yang  mengetahui  hak  dan  tanggungjawab  terhadap
               masyarakat dan negara dapat dicapai.
                       Peranan guru selaku pemudah cara dalam bilik darjah memberikan kesan yang sangat
               besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian, guru
               adalah individu terpenting yang akan menjalankan visi dan menyampaikan ilmu, kemahiran
               dan nilai. Oleh yang demikian, penguasaan guru terhadap pengetahuan kandungan perincian
               pendidikan  sivik,  pedagogi  dan  pentaksiran  amat  perlu  diberi  perhatian  serius.  Ini  kerana
               penguasaan guru terhadap ketiga-tiga domain pengetahuan ini sangat berhubung kait dengan
               kesediaan  guru  untuk  melaksanakan  pendidikan  sivik  dalam  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran.
                       Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah, jabatan dan kementerian
               dalam menentukan jenis kandungan kursus atau latihan profesionalisme yang diperlukan oleh
               guru-guru yang terlibat untuk menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran. Kursus
               dan  latihan  bimbingan  yang  diberikan  harus  secara  berterusan  serta  dapat  membantu  guru
               untuk  melahirkan  murid  yang  menguasai  literasi  sivik.  Sementara  itu,  kajian  ini  hanya
               melibatkan guru-guru sekolah rendah sahaja. Justeru itu, dicadangkan agar kajian pada masa
               depan melibatkan skop yang lebih luas serta merangkumi guru-guru sekolah menengah yang
               menyepadukan pendidikan sivik dalam mata pelajaran. Kajian pelaksanaan pendidikan sivik
               dalam perhimpunan sekolah, kokurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah juga perlu dilaksanakan
               agar  dapatan  yang  lebih  holistik  dapat  diperolehi.  Perkara  ini  sejajar  dengan  pelaksanaan
                                                           81
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96