Page 116 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 116
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 109
di seluruh negara. (Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin, 2019). Apa
peranan yang dimainkan oleh pensyarah dalam program Latihan Dalam Perkhidmatan
telah menarik minat pengkaji terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ini. Pengkaji mendapati bahawa aplikasi m-pembelajaran merupakan salah satu
peluang mengabungjalinkan aplikasi peranti mudah alih dan Teknologi Web 2.0 dengan
pendidikan. Secara hakikatnya semua sekolah terpaksa ditutup disebabkan oleh
penularan pandemik COVID-19, banyak sekolah telah mengambil langkah untuk
melaksanakan pembelajaran maya bagi memastikan sesi pembelajaran tidak tertangguh.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
Kursus Pemikiran Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2) dalam talian untuk memantapkan penguasaan kandungan ilmu para guru.
Selanjutnya menerusi kajian ini pengkaji akan melihat adakah faktor jantina dan lokasi
peserta kursus akan mempengaruhi keberkesanan Kursus Pemikiran Komputational
Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) dalam tempoh PKP.
OBJEKTIF KAJIAN
Kalian ini dijalankan untuk melihat tahap kepuasan peserta Kursus Pemikiran
Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) yang
dijalankan dalam tempoh PKP. Antara objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah:
a) Mengenal pasti tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus.
b) Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut jantina.
c) Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut lokasi.
d) Mengenal pasti refleksi peserta mengenai kekuatan kursus.
PERSOALAN KAJIAN
a) Apakah tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan peserta
kursus?
b) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut jantina?
c) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan
peserta kursus mengikut lokasi?
d) Apakah refleksi peserta mengenai kekuatan kursus?

