Page 120 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 120

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 113




               DAPATAN KAJIAN

               Dapatan kajian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada persoalan kajian.

               i. Apakah tahap kepuasan terhadap m-pembelajaran dalam kalangan peserta kursus?

                       Jadual  5  menunjukkan  taburan  peratus,  min  dan  sisihan  piawai  bagi  setiap
               konstruk kepuasan pelanggan.  Peratusan telah mencapai nilai persetujuan minima 92%
               yang ditetapkan oleh IPGM. Ini menunjukkan peserta kursus sangat berpuas hati dengan
               PdP  pensyarah,  motivasi  dan  semangat  cintai  profesion  keguruan.  Konstruk  PdP
               mendapat  min  yang  tertinggi  iaitu  3.43,  sp=.56,  diikuti  dengan  konstruk  motivasi
               min=3.40, sp=.42 dan konstruk cintai profesion keguruan min =3.34, sp=.58.



               Jadual 5: Taburan Keseluruhan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Semua konstruk
               Tahap Kepuasan Peserta Kursus CT & RBT Untuk Guru Sekolah Rendah Tahun 2020
               (Siri 2)

                Bil        Konstruk Tahap                          Peratus               Min       Sisihan
                           Kepuasan Peserta                                                         Piawai
                1          PdP                                         96.8              3.43            .56

                2          Motivasi                                    94.6              3.40            .42

                3          Cintai profesion keguruan                   94.0              3.34            .58


                                Purata                                 95.6              3.40            .58



               ii. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan peserta
               kursus mengikut jantina?



                       Perbezaan  tahap  kepuasan  m-pembelajaran  untuk  Kursus  CT-RBT  sekolah
               Rendah Tahun 2020 (Siri 2) mengikut jantina diukur dengan menggunakan analisis ujian-
               t sampel bebas. Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara peserta
               kursus dari segi jantina dalam tahap kepuasan m-pembelajaran (t (73) = .37 p-Valve
               0.71>  0.05).    Hal  ini  disebabkan  peserta  laki-laki  dan  peserta  perempuan  mencapai
               kepuasan yang hampir sama semasa mengikuti kursus.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125