Page 17 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 17

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 10




                  4   tidak  menghadapi  masalah  dalam  menyediakan  poster  bagi  tujuan   4.00   .79
                      pembentangan penyelidikan

                  5   mempunyai keyakinan yang tinggi semasa membentangkan laporan.       3.93     .85

                       Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa menurut perspektif
               siswa  guru  mereka  boleh  menggunakan  soalan-soalan  yang  dikemukakan  selepas
               pembentangan  untuk  membuat  penambahbaikan  dalam  penulisan  laporan  (min  4.23;
               sp=.62).  Selain  itu menurut  siswa  guru  juga  soalan-soalan  yang  dikemukakan  adalah
               relevan dengan isu yang dikaji (min 4.12; sp=.71). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
               siswa guru tidak menghadapi masalah ketika membuat pembentangan penyelidikan (min
               4.02; sp=.82) dan mereka juga tidak menghadapi masalah dalam menyediakan poster
               bagi tujuan pembentangan penyelidikan (min 4.00; sp=.79). Namun begitu bagi item lima
               (5)  iaitu  mempunyai  keyakinan  yang  tinggi  semasa  membentangkan  laporan  sekadar
               berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.93 (sp=.85) sahaja.

                       Seterusnya  untuk  menjawab  persoalan  ketiga  kajian  iaitu  apakah  perspektif
               terhadap maklum balas penyelia penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus
               Ilmu Khas, analisis item adalah seperti berikut;

               Jadual 5:   Perspektif Terhadap Maklum Balas Penyelia

                                                   Pernyataan
                  Bil                                                                        Min      Sp
                       Ketika melaksanakan penyelidikan, saya dapati penyelia saya ...
                   1   dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan.             4.59     .55

                   2   memberikan nasihat yang tepat sesuai dengan isu yang dihadapi         4.58     .60

                   3   sering  memberikan  galakan  yang  positif  untuk  menyempurnakan     4.51     .62
                       penyelidikan tersebut.

                   4   banyak  membantu  untuk  menjayakan  penyelidikan  yang  telah  saya
                       laksanakan.                                                           4.49     .62

                   5   mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek penyelidikan.             4.46     .54

                   6   mudah untuk dihubungi.                                                4.33     .50


                       Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa menurut perspektif
               siswa  guru  penyelia  mereka  dapat  memberikan  maklumbalas  untuk  tujuan
               penambahbaikan (min 4.59; sp=.55). Selain itu menurut siswa guru juga penyelia dapat
               memberikan nasihat  yang  tepat  sesuai dengan  isu  yang  dihadapi  (min  4.58;  sp=.60).
               Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyelia sering memberikan galakan yang positif
               untuk menyempurnakan penyelidikan tersebut (min 4.51; sp=.62) dan penyelia banyak
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22