Page 123 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 123
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 116
P31 Pada pendapat saya, kekuatan yang ada adalah perkongsian ilmu yang
disampaikan oleh pensyarah kepada peserta sangat membantu saya.
P32 Dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik
P33 Bahan yang disediakan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan yang
diberikan.
P34 Meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi online
P35 Memberi banyak input baharu kepada guru yang baru mula mengajar subjek
ini
PERBINCANGAN
Hasil dapatan menunjukkan peserta kursus berpuas hati (95.8%) dengan pelaksanaan
Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun
2020 secara dalam talian dalam tempoh PKP. Peratusan menunjukkan tahap kepuasan
peserta kursus telah melepasi tahap minima 92% yang ditetapkan oleh IPGM. Ini
menunjukkan peserta kursus bersedia untuk mengikuti kursus berasaskan teknologi
komunikasi seperti kaedah m-pembelajaran. Dalam masa yang sama, dapatan telah
membuktikan kaedah PdP yang berorientasikan m-pembelajaran mempunyai
penerimaan yang tinggi dalam kalangan peserta Kursus Pemikiran Komputational subjek
Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020. Justeru, kajian ini secara tidak
langsung menggalakan proses PdP berbantukan aplikasi Teknologi Web 2.0 seperti
penggunaan telefon pintar melalui pembelajaran segerak dan pembelajaran tidak
segerak. Di samping itu, menerusi hasil dapatan, dapat dilihat bahawa tidak terdapat
perbezaan kepuasan antara faktor jantina dan lokasi peserta.
Walau bagaimanapun, kajian ini terbatas kepada peserta Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 sahaja. Hasil
dapatan adalah untuk melihat tahap kepuasan peserta kursus tentang pelaksanaan
kursus dalam talian semasa PKP terhadap m-pembelajaran. Dapatan kajian tidak boleh
mewakili tahap kepuasan peserta kursus untuk siri lain di bawah kursus yang sama yang
dikendalikan pada tempoh masa yang berlainan dan juga pensyarah berlainan daripada
zon selatan Institut Pendidikan Guru. Namu demikian, dapatan kajian ini boleh
dipanjangkan untuk perhatian IPGM, MDEC dan IPGK untuk penambahbaikan
berterusan seiring dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0.

