Page 128 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 128

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 121




               murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu
               kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan
               lagi  berorientasikan  peperiksaan  mulai  2019.  Datuk  Dr  Amin  Senin  menyatakan
               pentaksiran alternatif yang menggantikan peperiksaan formal perlu mewujudkan budaya
               pembelajaran  yang  lebih  menyeronokkan  dan  bermakna.    Penumpuan  kepada
               penerapan  kasih  sayang,  kegembiraan,  hormat-menghormati  dapat  membantu  guru
               dalam memantapkan pembangunan sahsiah murid di samping itu pembabitan ibu bapa
               dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan di peringkat
               awal usia persekolahan.  Ini diikuti oleh Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
               Bilangan 14 Tahun 2018 yang bertarikh pada 19 Disember 2018 telah memaklumkan
               Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun murid Tahap 1 (Tahun
               1,  Tahun  2  dan  Tahun  3)  di  sekolah  rendah  termasuk  Murid  Berkeperluan  Khas  di
               Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan
               Inklusif di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

                       Pentaksiran  alternatif  yang  akan  dilaksanakan  juga  merupakan  sebahagian
               daripada  proses  pembelajaran  dan  seiring  dengan  pelaksanaan  PBD  yang  juga
               merupakan  salah  satu  komponen  PBS  yang  berfokus  kepada  perkembangan  dan
               kemenjadian murid secara holistik.


                       Berikutan  dengan  perlaksanaan  PBD  di  sekolah,  pembinaan  Modul  Bimbingan
               Instruksional untuk Pelaksanaan PBD telah mula dibina oleh Institut Pendidikan Guru
               Malaysia (IPGM), untuk memberikan latihan bimbingan instruksional kepada pensyarah-
               pensyarah  IPG  dalam  proses  memberi  bimbingan  instruksional  berasaskan  sekolah
               bersama  School Improvement  Specialist  Coaches-  (SISC+).    Bimbingan  instruksional
               perlu  dilaksanakan  di  sekolah  dengan  kerjasama  JPN  di  semua  negeri  bersama
               pensyarah-pensyarah IPG.   Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) telah
               bekerjasama  dengan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Kinta  Utara  untuk  sama-sama
               berganding bahu dalam menjayakan PBD di sekolah.  Surat lantikan sebagai pensyarah
               pembimbing PBD untuk sekolah tahun 2019 (IPIP.HK.09/005/Jld.16) telah dikeluarkan
               pada 8 Ogos 2019 kepada pensyarah-pensyarah yang telah di kenalpasti untuk menjadi
               pembimbing instruksional (PI) kepada guru-guru di sekolah daerah Kinta Utara dalam
               pelaksanaan PBD ini.  Misi utama pembimbing instruksional ke sekolah adalah untuk
               memberikan  bimbingan  tentang  PBD  berdasarkan  Kerangka  Pelaksanaan  Bimbingan
               Instruksional Berasaskan Sekolah IPGM kepada guru-guru di sekolah yang berkaitan.
               Kolaborasi  yang  bersifat  hands  holding  untuk  Bimbingan  Instruksional  Berasaskan
               Sekolah bukan hanya melibatkan pensyarah-pensyarah IPGKI dengan pihak guru-guru
               di  sekolah,  malah  juga  SISC+  dari  Pejabat  Pendidikan  Daerah  juga  turut  dilibatkan
               bersama untuk menjayakan keseluruhan program ini.
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133