Page 20 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 20

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 13




                       Seterusnya, kajian mendapati tiga masalah utama yang dihadapi oleh siswa guru
               dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan. Masalah utama yang dihadapi oleh siswa
               guru  adalah  dalam  aspek  kekangan  masa.  Dalam  aspek  ini,  mereka  terpaksa
               menyiapkan laporan penyelidikan ketika sedang menjalani internship di sekolah. Dalam
               masa  yang  sama,  mereka  juga  perlu  menyiapkan  laporan  internship  berkenaan.
               Seterusnya  masalah  kedua  adalah  dari  segi  penyelia  yang  pelbagai  bidang.
               Kepelbagaian  bidang  kepakaran  penyelia  menjadikan  siswa  guru  menerima  pelbagai
               kehendak penyelia yang kadang-kadang tidak sama keperluannya antara satu sama lain.
               Perbezaan  pendapat  antara  penyelia  boleh  mengelirukan  siswa  guru  untuk
               menyempurnakan laporan penyelidikan mereka.

                       Selain itu, masalah bimbingan dan dorongan yang positif dari penyelia. Mereka
               berharap agar penyelia dapat memberikan bimbingan dengan lebih terperinci khususnya
               dalam  menyediakan  kajian  literatur  dan  metodologi  penyelidikan.  Siswa  guru  juga
               memerlukan penyelia yang sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada mereka
               agar  dapat  menyempurnakan  penyelidikan  dalam  tempoh  masa  yang  diperuntukkan.
               Pengkaji  mencadangkan  agar  setiap  siswa  guru  diberikan  kebebasan  untuk  memilih
               penyelia masing-masing manakala penyelia pula hanya perlu menjadi penyelia tidak lebih
               kepada  seorang  siswa  guru  sahaja  agar  bimbingan  yang  diberikan  memberi  impak
               kepada siswa guru.





               Rujukan


               Bhasah  Abu  Bakar  &  Yuslina  Mohamed.  (2013).  Metodologi  penyelidikan:  Program
                       Pensiswazahan Guru. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

               Chin Suk Mei. (2015). Metodologi penyelidikan tindakan dalam mengintegrasikan multi-
                       media untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran proses sains. Seminar
                       Kebangsaan (SKKKDP), Batu Lintang.

               Hilezan Zainal, Manisah Mohd Shah, & Wan Noor Adzmin Mohd Sabri. (2017). Hubungan
                       antara tahap kefahaman siswa pendidik PISMP Matematik Semester 8 terhadap
                       kesediaan  menghasilkan  laporan  penyelidikan  tindakan:  Satu  tinjauan  Jabatan
                       Matematik,  IPG  Kampus  Pendidikan  Teknik,  Bandar  Enstek,  Negeri  Sembilan.
                       Jurnal Pendidikan Guru Jilid 1 2017; 91-100.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25