Page 19 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 19

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 12




               antara satu sama lain. Perbezaan pendapat antara penyelia juga menjadikan siswa guru
               keliru untuk menyempurnakan laporan penyelidikan mereka.

                       Analisis respon terbuka seterusnya menunjukkan bahawa bantuan utama yang
               diperlukan oleh siswa guru adalah bimbingan dari penyelia. Siswa guru sangat berharap
               agar penyelia dapat memberikan bimbingan dengan lebih terperinci khususnya dalam
               menyediakan  kajian  literatur  dan  metodologi  penyelidikan.  Selain  itu  siswa  guru  juga
               memerlukan penyelia sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada mereka agar
               dapat menyempurnakan penyelidikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.


               RUMUSAN DAN CADANGAN


               Berdasarkan dapatan keseluruhan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa dapatan kajian
               menunjukkan  secara  keseluruhannya  tahap  kemahiran  melaksanakan  penyelidikan
               dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap tinggi. Kajian juga
               mendapati bahawa dalam lima aspek penyelidikan pendidikan menunjukkan bahawa tiga
               aspek  berada  pada  tahap  tinggi  iaitu  kemahiran  proses  penyelidikan  pendidikan,
               kemahiran membuat tinjauan literatur dan metodologi penyelidikan. Dua aspek lagi iaitu
               tatacara  penganalisisan  data  dan  penulisan  laporan  penyelidikan  berada  pada  tahap
               sederhana tinggi.

                       Di samping itu, menurut perspektif siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas, mereka
               boleh  menggunakan  soalan-soalan  yang  dikemukakan  selepas  pembentangan  untuk
               membuat penambahbaikan dalam penulisan laporan. Selain itu menurut siswa guru juga
               soalan-soalan  yang  dikemukakan  adalah  relevan  dengan  isu  yang  dikaji.  Menurut
               perspektif  mereka  juga,  tidak  menghadapi  masalah  ketika  membuat  pembentangan
               penyelidikan dan mereka juga tidak menghadapi masalah dalam menyediakan poster
               bagi tujuan pembentangan penyelidikan. Namun begitu keyakinan yang tinggi semasa
               membentangkan laporan sekadar berada pada tahap sederhana tinggi.

                       Kajian mendapati bahawa perspektif siswa guru terhadap maklum balas penyelia
               penyelidikan  berada  pada  tahap  tinggi.  Siswa  guru  mempunyai  perspektif  bahawa
               penyelia mereka dapat memberikan maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan. Selain
               itu,  menurut  siswa  guru  juga  penyelia  dapat  memberikan  nasihat  yang  tepat  sesuai
               dengan  isu  yang  dihadapi.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  penyelia  sering
               memberikan  galakan  yang  positif  untuk  menyempurnakan  penyelidikan  tersebut  dan
               penyelia  banyak  membantu  untuk  menjayakan  penyelidikan  yang  telah  mereka
               laksanakan. Menurut siswa guru lagi, penyelia mereka mudah untuk dihubungi.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24