Page 34 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 34

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 27




                  8.  Saya mengemukakan soalan yang tidak               3.35     0.64     3.55    0.60
                      berulang.
                  9.  Saya mengemukakan soalan melangkaui               3.33     0.67     3.52    0.61
                      silibus buku teks.
                 10.  Saya mengemukakan soalan berbentuk                3.27     0.56     3.62    0.56
                      kontekstual.
                 11.  Saya      mengemukakan         soalan      yang  3.37      0.61     3.59    0.57
                      menggalakkan murid berfikir lebih mendalam.
                 12.  Saya      mengemukakan         soalan      yang  3.38      0.64     3.58    0.55
                      menggalakkan  murid  berfikir  aras  tinggi
                      (KBAT).
                 13.  Saya      mengemukakan         soalan      yang  3.32      0.64     3.51    0.61
                      menggalakkan  murid  berfikir  dengan  lebih
                      kritikal
                 14.  Saya      mengemukakan         soalan      yang  3.43      0.54     3.59    0.55
                      menggalakkan  murid  berfikir  dengan  lebih
                      kreatif


                       Merujuk  Rajah  2,  min  kesemua  empat  belas  item  adalah  lebih  tinggi  semasa
               responden menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum
               Fasa I. Min terendah yang dicapai semasa menjalani Praktikum Fasa I ialah untuk item
               ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual’ (Min=3.27; SP=.56).  Responden
               juga mencatat yang rendah untuk item ‘Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan
               murid  berfikir  dengan  lebih  kritikal’  (Min=3.32;  SP=.64).  Namun,  responden  telah
               mencatat  peningkatan  dalam  min  untuk  kedua-dua  item  tersebut  semasa  menjalani
               Praktikum  Fasa  II.  Item  ‘Saya  mengemukakan  soalan  berbentuk  kontekstual’  telah
               mencatat  peningkatan  dalam  pencapaian  min  iaitu  3.62  dengan  sisihan  piawai  .56.
               Terdapat  juga  peningkatan  dalam min  yang  dicatat untuk  item  ‘Saya  mengemukakan
               soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritikal’ iaitu 3.51 dengan sisihan
               piawai .61.

                       Peningkatan  min-min  untuk  kedua-dua  item  tersebut  serta  item-item  lain
               menandakan  bahawa  responden  lebih  bersedia  untuk  melaksanakan  PAK21  semasa
               menjalani Praktikum Fasa II. Pengalaman yang mereka lalui semasa menjalani Praktikum
               Fasa I telah memberi pengalaman dan kesediaan yang lebih kepada mereka untuk terus
               mengamalkannya semasa menjalani Praktikum Fasa II. Walaupun kesemua item-item
               dimensi ini mencapai min yang agak tinggi, langkah-langkah yang lebih komprehensif
               harus diambil oleh pihak IPGKPP untuk melengkapkan pelajar guru dengan pengetahuan
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39