Page 81 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 81
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 74
PERSOALAN KAJIAN
Secara spesifiknya kajian ini cuba untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan
berikut:
1. Apakah tahap keterlibatan sikap positif guru-guru di sekolah ini dalam
melaksanakan PBD?
2. Apakah tahap menghadapi masalah yang dilalui oleh guru-guru di sekolah ini
dalam melaksanakan PBD?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian-kajian lalu banyak berasaskan kepada pelaksanaan PBS sama ada yang
berkaitan dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS di Prasekolah, Kesediaan
guru Dunia Sains dan Teknologi Tahun Dua dalam pelaksanaan PBS serta kajian
terhadap persepsi dan amalan guru terhadap pelaksanaan PBS dalam KSSR. Terdapat
juga kajian yang berkaitan dengan kesediaan guru-guru menghadapi PBD iaitu sebelum
PBD dilancarkan oleh KPM.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap guru-
guru yang melaksanakan dan tahap masalah yang dihadapi bagi sekolah yang berada di
bawah program TS25. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan maklum balas tentang
sikap guru dan tahap masalah dalam menghadapi pelaksanaan secara menyeluruh
terhadap PBD. Ini juga akan memperlihatkan sejauh mana PBD benar-benar membantu
guru dalam pelaksanaan PBD seiring dengan standard yang ditetapkan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.
Dapatan kajian seterusnya akan memberikan satu gambaran yang jelas tentang
sikap guru-guru dan tahap menghadapi masalah bagi sekolah yang terpilih dalam
program TS25. Ini dapat memberikan hala tuju dan panduan dalam melaksanakan
penambahbaikan dalam pelaksanaan PBD kepada pihak-pihak berkepentingan sama
ada warga sekolah tersebut, pihak KPM dan masyarakat amnya.
METODOLOGI
Creswell dan Garrett (2008) menyatakan reka bentuk kajian tinjauan merupakan
prosedur dalam kajian kuantitatif di mana penyelidik menjalankan tinjauan ke atas sampel
atau seluruh populasi orang untuk menggambarkan sikap, pendapat, tingkah laku, atau
ciri dalam populasi itu. Namun demikian tinjauan ini tertumpu kepada sebuah sekolah
yang menjadi satu kajian kes. Kaedah kajian kes adalah suatu bentuk kajian yang sering

