Page 82 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 82

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 75




               digunakan dalam bidang pendidikan untuk mencapai salah satu objektif iaitu menjelaskan
               sesuatu  fenomena  secara  terperinci,  menjelaskan  beberapa  kemungkinan  fenomena
               tersebut berlaku untuk menilai fenomena tersebut (Marohaini, 2016). Dalam kajian ini,
               instrumen soal selidik diedarkan kepada sampel bertujuan bagi meninjau aspek sikap
               dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBD.

                       Penggunaan  persampelan  bertujuan  adalah  untuk  membolehkan  pengkaji
               menentukan peserta kajian yang sesuai dan khusus dengan tujuan kajian (Nick Emmel,
               2013). Aspek sikap guru dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBD adalah
               menjadi fokus utama. Bagi memenuhi tujuan kajian, sampel hanya dipilih ke atas semua
               guru di SJKT Seri Pelangi iaitu sekolah yang telah terpilih sebagai sekolah yang berada
               dalam Program TS25.

                       Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Instrumen
               yang digunakan adalah soal selidik berskala likert 1 hingga 3 daripada tidak setuju ke
               setuju. Instrumen soal selidik diubah suai daripada kajian Sh. Siti Hauzimah (2018) yang
               mengkaji  Pengetahuan,  Kemahiran,  Sikap  Dan  Masalah  Guru  Dalam  Melaksanakan
               Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah. Tiga bahagian dibahagikan
               dalam soal selidik ini iaitu bahagian A berkaitan demografi, bahagian B berkaitan aspek
               sikap dalam melaksanakan PBD (10 item) dan bahagian C berkaitan aspek masalah yang
               dihadapi oleh responden (10 item). Kesemua soal selidik telah dijawab oleh 11 orang
               guru  di  sekolah  tersebut  melalui  edaran  Google  Form  yang  dihubungkan  ke  dalam
               kumpulan Whatsapp sekolah berkenaan melalui Guru Besarnya.




               DAPATAN KAJIAN

               Demografi

               Demografi responden dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang responden iaitu
               jantina, bangsa, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Demografi responden
               seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.



               Jadual 1: Demografi Responden di SJKT Seri Pelangi


                 Latar Belakang Responden                               Kekerapan      Peratusan (%)

                 Jantina                     Lelaki                    1              9.09


                                             Perempuan                 10             90.91
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87