Page 83 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 83
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 76
Latar Belakang Responden Kekerapan Peratusan (%)
Bangsa Melayu 2 18.18
India 9 81.82
Ijazah Sarjana 6 54.55
Kelayakan akademik
5 45.45
Ijazah Sarjana Muda
Pengalaman 1 hingga 3 tahun 2 18.18
mengajar 1 9.09
4 hingga 6 tahun
7 hingga 10 tahun 2 18.18
11 hingga 15 tahun 3 27.27
16 tahun ke atas 3 27.27
Tahap Sikap Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis deskriptif taburan skor min dan sisihan piawai yang
dicapai bagi setiap item tentang sikap guru dalam melaksanakan PBD di sekolah rendah.
Item ketiga iaitu, saya berbincang dengan guru-guru yang lain tentang pelaksanaan PBD
telah menunjukkan dapatan min peratusan sempurna iaitu 3.00 (s.p: 0.00). Manakala,
item kedua tertinggi pula menunjukkan skor min 2.91 (s.p: 0.30). Seterusnya item keenam
merupakan item ketiga tertinggi dalam dapatan skor min iaitu 2.82 (s.p:0.40). Dalam
keseluruhan item bagi aspek ini didapati item keempat mencapai skor min paling rendah
yang menunjukkan skor 2.36 (s.p: 0.67) iaitu item perkara saya menghadiri taklimat
berkaitan PBD yang dianjurkan oleh pihak PPD dan JPN. Kesemua item menunjukkan
tahap min yang tinggi dengan pencapaian melebihi skor 2.00.

