Page 85 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 85
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 78
masalah ketidakhadiran murid ke sekolah (skor min 2.55, s.p: 0.69), item 6 iaitu saya
menghadapi masalah kerana PBD yang banyak dalam setiap band atau tahap
penguasaan menyebabkan pentaksiran tidak dapat dilakukan secara mendalam dan
menyeluruh (skor min 2.36, s.p: 0.50) serta item 4 iaitu saya menghadapi masalah kerana
terlalu banyak topik yang perlu diselesaikan dalam masa yang sangat terhad (skor min
2.27, s.p: 0.79). Manakala perkara yang paling rendah skor minnya ialah pada item kedua
iaitu saya menghadapi kesukaran dalam proses PBD kerana jumlah murid yang ramai,
dan item kelapan iaitu saya menghadapi kesukaran kerana ketidaksungguhan saya
dalam menaksir menjejaskan seluruh sistem pentaksiran PBD saya (masing-masing skor
min 1.64, s.p: 0.81).
Jadual 3: Masalah dalam Pelaksanaan Proses Pentaksiran Bilik Darjah
sisihan
Bil Perkara Min
piawai
Saya hadapi kesukaran membuat PBD kerana
1 2.55 0.69
masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.
Saya menghadapi kesukaran dalam proses PBD
2 1.64 0.81
kerana jumlah murid yang ramai.
Saya sukar menghabiskan sukatan pembelajaran murid
3 2.18 0.75
dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya menghadapi masalah kerana terlalu banyak
4 topik yang perlu diselesaikan dalam masa yang 2.27 0.79
sangat terhad.
Saya hadapi masalah dalam mentaksir secara berulang
5 2.27 0.65
kerana kekangan masa.
Saya menghadapi masalah kerana PBD yang banyak
dalam setiap band atau tahap penguasaan
6 2.36 0.50
menyebabkan pentaksiran tidak dapat dilakukan
secara mendalam dan menyeluruh.
Saya tertinggal banyak masa untuk mentaksir murid
7 kerana bebanan semakin bertambah apabila saya 2.27 0.79
memegang jawatan-jawatan penting di sekolah.

