Page 86 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 86

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 79




                         Saya        menghadapi           kesukaran         kerana
                 8       ketidaksungguhan          saya      dalam       menaksir          1.64      0.81
                         menjejaskan seluruh sistem pentaksiran PBD saya.

                         Saya menghadapi kesukaran kerana tempoh PBD yang
                 9                                                                         1.91      0.83
                         singkat.

                         Saya menghadapi kesukaran kerana waktu pengajaran
                 10                                                                        2.18      0.75
                         saya adalah terhad untuk melaksanakan proses PBD.





               PERBINCANGAN

               Rumusan Keseluruhan Aspek Sikap Guru-Guru dan Masalah yang dihadapi dalam
               Pelaksanaan PBD.

               Dapatan kajian dalam Jadual 4, menunjukkan bahawa sikap guru dalam melaksanakan
               PBD di sekolah ini berada pada tahap yang tinggi. Kesemua item berada pada tahap
               yang tinggi kerana 91.82% guru bersetuju dalam melaksanakan PBD. Ini menunjukkan
               bahawa hanya 8.18% sahaja guru yang tidak bersetuju melaksanakan PBD. Sikap positif
               guru-guru  di  sekolah  ini  menggambarkan  bahawa  mereka  bersedia  dan  sentiasa
               menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Dapatan ini selari dengan kajian Faizah
               A.  Majid  (2011)  yang  menyatakan  bahawa  guru  yang  menguasai  kemahiran  bukan
               sahaja  dalam  mendidik  pelajar  menjadi  lebih  baik  begitu  juga  dalam  melaksanakan
               pentaksiran seterusnya membuat penilaian pelajar. Sikap positif dalam melaksanakan
               pentaksiran  berasaskan  sekolah  juga  ditunjukkan  oleh  guru-guru  Kemahiran  Hidup
               Bersepadu (KHB) daerah Johor Bahru iaitu yang dipaparkan dalam kajian  Nordin dan
               Ismail  (2014).  Kajian  lain  yang  setara  yang  menyokong  kepada  amalan  dan  boleh
               dikategorikan kepada sikap positif ialah kepada sebuah dapatan kajian oleh Lai Nan Poh
               (2018) yang menunjukkan tahap pemahaman guru tentang DSKP dan tahap amalan guru
               dalam pelaksanaan PBS berada pada tahap yang tinggi.

                       Berasaskan sikap positif ini, dapatan pada masalah tertinggi yang dihadapi adalah
               berpunca daripada ketidakhadiran murid, masalah PBD yang banyak dalam setiap band
               serta  kesuntukan  masa  untuk  menghabiskan  topik-topik  yang  diajar  dan  bukanlah
               semata-mata berkaitan dengan sikap guru. Kajian ini disokong oleh satu dapatan kajian
               oleh  Sh.  Siti  Hauzimah  (2019)  yang  menyatakan  dapatan  sama  pada  masalah  yang
               berpunca kepada ketidakhadiran murid ke sekolah berada pada peratusan yang tinggi.
               Selain daripada itu masalah yang agak bersamaan dalam melaksanakan PBD adalah
               berdasarkan  kepelbagaian  band  yang  perlu  diberikan  kepada  murid  mengikut
               kompetensi  yang  dicapai  oleh  murid.  Untuk  itu,  Guru  Besar  sebagai  pemimpin
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91