Page 88 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 88

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 81




                       Bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa melaksanakan PBD
               sepatutnya ditangani dengan segera oleh pihak yang berkaitan sama ada guru, pihak
               pentadbir, ibu bapa dan masyarakat sekitar. Kerjasama padu daripada pelbagai pihak
               seperti ibu bapa, sekolah dan PPD perlu diambil perhatian untuk menangani masalah
               yang  melibatkan  murid,  guru  dan  sukatan  pelajaran.  Pendedahan  kepada  ibu  bapa
               hendaklah  diberikan  secara  berterusan  dan  kerap  memberikan  penerangan  terhadap
               pelaksanaan  PBD  agar  pihak  sekolah  dapat  membantu  guru  terutamanya  dalam
               melicinkan  pelaksanaan  PBD  di  sekolah.

                       Seterusnya  bagi  pihak  guru  pula,  mereka  perlulah  berusaha  untuk
               mempelbagaikan  kaedah  dan  aktiviti  dalam  amalan  PdP  terbaik  mereka  seterusnya
               hendaklah  sentiasa  dikekalkan  dengan  inovasi-inovasi  pembelajaran  bagi  menaikkan
               momentum pembelajaran murid pada masa akan datang. Ini akan memberi implikasi baik
               terhadap  pembelajaran  di dalam  kelas  agar  proses  pelaksanaan  PBD  dapat  diterima
               murid  dengan  menarik  dan  gembira.  Sikap  peka  guru  terhadap  perubahan  demi
               perubahan dalam arus pendidikan juga hendaklah sentiasa disemai dan disuburkan agar
               persediaan membuat perubahan baik akan dapat dijadikan sebagai satu amalan murni
               demi  meningkatkan  kejayaan,  kebolehan  dan  potensi  murid-murid  khususnya  dalam
               melaksanakan PBD.

                       Pemimpin  instruksional  di  sekolah  juga  dikehendaki  melengkapkan  kualiti  diri
               sebagai  pemimpin  yang  berwibawa  dalam  membawa  perubahan,  pembaharuan,
               pencetus idea, boleh membangunkan sekolah dan menumpukan kepada pembangunan
               insan dan modal insan yang berguna kepada keluarga dan negara. Selain daripada itu
               guru  besar,  guru  penolong  kanan  dan  ketua-ketua  bidang  juga  hendaklah  sentiasa
               memberi  semangat,  menyemarakkan  harapan  dan  keyakinan  kepada  guru-guru  dan
               murid-murid. Satu perspektif jangka panjang hendaklah sentiasa ditanamkan dalam diri
               setiap warga sekolah dan ibu bapa murid-murid agar perjalanan sekolah sama ada dalam
               pembelajaran dan pentaksiran dapat seiringan dan sekata bagi melahirkan anak-anak
               masa depan yang terdidik dan berjiwa besar.



               Rujukan


               Alias, R. (2008). Pelaksanaan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu di
                    sekolah daerah Pasir Mas, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

               Aniza Ahmad, & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru bahasa melayu sekolah
                    menengah  dalam  melaksanakan  pentaksiran  berasaskan  sekolah  berdasarkan
                    jantina, opsyen dan tempat mengajar.  Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(Mei),
                    18–29.
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93