Page 87 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 87

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 80




               pentaksiran  di  sekolah  haruslah  benar-benar  menguasai  dan  mempunyai  ilmu  yang
               mencukupi dalam bidang pentaksiran (Boon dan Shaharuddin, 2011).

                       Kajian ini juga telah berjaya mengesan bentuk-bentuk masalah  yang  dihadapi
               oleh  guru-guru  dalam  melaksanakan  PBD di  sekolah  mereka.  Keseluruhan  item  soal
               selidik pada  bahagian  masalah  yang  dihadapi oleh  guru  semasa melaksanakan  PBD
               mencatat  jumlah  kepelbagaian  jumlah  peratusan.  Hal  ini,  menggambarkan  pelbagai
               masalah  yang  perlu  diselesaikan  oleh  pelbagai  pihak.  Masalah  guru  berhadapan
               kesukaran  membuat  PBD  kerana  masalah  ketidakhadiran  murid  ke  sekolah
               menunjukkan  isu  ketidakhadiran  murid  perlu  diselesaikan.  Namun  demikian,  masalah
               yang guru-guru hadapi berada pada tahap sederhana tinggi 70.91%. Dapatan peratusan
               masalah yang lebih rendah daripada peratusan sikap menunjukkan perkaitan sikap positif
               guru yang proaktif, berdedikasi dan bertanggung jawab telah dapat mengatasi masalah
               yang dihadapi. Sikap guru yang sentiasa menjaga kualiti pendidikan muridnya sekali gus
               akan menghasilkan kualiti pendidikan yang meningkat, kualiti murid di dalam pendidikan
               yang  diukur  daripada  prestasi  mereka  dalam  pendidikan  juga  akan  sama  meningkat.
               (Boon  dan  Shaharuddin,  2011).  Ini  menunjukkan  juga  bahawa  penguasaan  dalam
               kurikulum  akan  dapat  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi  guru-guru.  Pentingnya
               kemahiran  bagi  guru  adalah  mengikut  perkembangan  semasa  yang  juga  termaktub
               dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (Alias, 2008).


               Jadual 4: Keseluruhan Dapatan Aspek Sikap dan Masalah yang dihadapi.

                Aspek                Min                       Sisihan Piawai               Peratus

                Sikap                2.75                            0.41                     91.82


                Masalah              2.13                            0.74                     70.91



               KESIMPULAN

               Melalui kajian CBL ini, dapatan telah berjaya memberikan data yang baik dan cemerlang
               kepada guru-guru dari sekolah ini melaksanakan PBD dari aspek sikap dan masalah
               yang dihadapi. Dapatan bagi masalah yang dihadapi juga tidak menunjukkan peratusan
               yang tinggi. Memandangkan dapatan ini amat baik, bagi mengekalkan prestasi sekolah
               ini  pihak  PPD  atau  sekolah  hendaklah  mengadakan  dan  meneruskan  pelbagai
               pendedahan dan aktiviti amalan pedagogi terbaik yang lebih terperinci dari aspek kursus
               dan latihan yang berkaitan PBD agar pelaksanaan PBD dapat dijalankan dengan lebih
               berkesan, mantap dan sahih, lebih-lebih lagi PBD merupakan suatu pengurusan penting
               dalam persekolahan terutama yang terlibat dengan Program TS25.
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92