Page 33 - LAPORAN PEO.pdf
P. 33

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                menguasai kemahiran dalam  ICT dan kurang menghasilkan inovasi dalam pengurusan PdP
                menyebabkan  peranan mereka agak kurang berkesan.  Perkembangan ICT dalam
                pendidikan telah menuntut keperluan pendidik dari segi kaedah penyampaian pengajaran
                menggunakan teknologi (Mahmud, 2006; Buntat et. al, 2010). Penggunaan ICT dalam dunia
                pendidikan telah membuka lembaran baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi
                terikat kepada bilik darjah atau bengkel semata-mata. Kemajuan dan kecanggihan teknologi
                ICT membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar
                (Rashid, 2005; Mahmud & Ismail, 2005).

                      Pendidik yang profesional perlu memiliki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
                serta kemahiran mengajar yang  berkesan (Yusof, 2003). Menurut beliau kepentingan
                perhubungan  interpersonal boleh menjadikan  hidup lebih  bermakna di mana seseorang
                pendidik mempunyai orang yang disayangi, menyayangi dan melaksanakan tanggungjawab
                untuk  hidup  bersama, seperti keluarga, masyarakat, bangsa  dan lain-lain.  Kecerdasan
                hubungan interpersonal melibatkan kebolehan membuat perkaitan dan memahami keadaan
                dan situasi  orang lain, manakala kecerdasan  hubungan  intrapersonal pula melibatkan
                kebolehan membuat refleksi kendiri dan menyedari mengenai keadaan dirinya (Sulaiman,
                2004).

                      Hashim (2012), menyatakan kemahiran pemikiran merupakan satu matlamat utama
                dalam sistem  pendidikan  di seluruh dunia  masa kini.  PPPM 2013-2025 sebagai
                kesinambungan  yang sudah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak dasar sekolah Bestari
                diperkenalkan pada tahun 1998 tetapi sehingga hari ini masih belum mencapai prestasi yang
                membanggakan. Pelbagai usaha pedagogi sudah dicuba dan dilaksanakan untuk mencapai
                matlamat tersebut khususnya yang memberi  pemusatan kepada  pelajar seperti kaedah
                diskusi kumpulan kecil, pembelajaran berasaskan masalah dan pembentangan hasil diskusi
                atau kajian. Beliau mencadangkan, pendekatan pedagogi di institusi latihan perguruan harus
                diubah terlebih  dahulu  dengan memperkenalkan  pedagogi inkuiri atau  apa yang juga
                dinamakan pedagogi  hikmah  untuk melahirkan guru yang berfikiran kritis, kreatif dan
                berakhlak mulia. Hanya guru yang kritis sahaja yang boleh melahirkan pelajar yang kritis di
                sekolah.

                      Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan merupakan antara perkara
                penting kerana ianya boleh mempengaruhi  proses  penyampaian pengajaran  dengan
                berkesan. Menurut Shaari (2008), masalah yang sering dialami oleh pendidik ialah masalah
                dari segi penggunaan bahasa; ketidaktelapan suara; wujudnya komunikasi tertutup;
                kegagalan pendidik mengawal emosi dan gangguan luaran seperti kebisingan. Komunikasi
                merupakan  proses perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan  yang  dikongsi


                                                     17
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38