Page 34 - LAPORAN PEO.pdf
P. 34

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig,
                1999).  Kemahiran komunikasi merupakan satu aspek penting dalam proses pengajaran dan
                pembelajaran yang perlu dikuasai oleh para pendidik.

                        Pendidikan keusahawanan  adalah merupakan satu komponen  penting  dalam
                pelbagai  aspek kehidupan sama  ada secara langsung  atau tidak langsung yang perlu
                diterapkan dalam pendidikan di sekolah. Pendidikan keusahawanan ini dapat menyediakan
                pelajar dengan kefahaman tentang perniagaan dari segi tujuan, struktur, dan perhubungan
                dengan bahagian lain dalam ekonomi dan masyarakat (Othman, 2002).  Banyak kajian telah
                menyatakan bahawa kursus keusahawanan mempunyai kesan positif ke atas pandangan
                pelajar terhadap keusahawanan daripada perniagaan kecil. Menurut pendapat Kolvereid &
                Moen (1997), graduan keusahawanan yang mempunyai minat terhadap keusahawanan akan
                lebih  berjaya berbanding  dengan graduan yang lain.  Pelajar yang didedahkan dengan
                pendidikan keusahawanan mempunyai peluang yang lebih baik, kerana mereka didedahkan
                dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan alam pekerjaan, kesan-kesan globalisasi ke
                atas struktur syarikat-syarikat besar dan kerajaan (Othman, 2002; Danko, 2005; Cheung,
                2008).

                2.4.2  Kebolehan graduan PISMP  IPG menyelesaikan masalah melalui
                pendekatan saintifik, inovatif, kreatif dan beretika.

                Mengaplikasikan pendekatan saintifik merupakan aspek seterusnya yang perlu diutamakan
                (APS) dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya telah banyak dilaksanakan ketika
                ini, bahkan dalam sistem pendidikan di negara-negara dunia ketiga kebanyakannya, telah
                menetapkan pendekatan saintifik dalam kurikulum pendidikan secara eksplisit (Luis, 2012).
                Di Barat aplikasi pendekatan saintifik dalam PdP telah mula dilaksanakan pada tahun 1968
                (Popper, 1968), dan berkembang sehingga menjadi popular pada tahun-tahun berikutnya
                oleh Ruse 1979,  1988;  Sober 1984; Thagard  1992 dan Pickett et.  al., 1994. Aplikasi
                pendekatan saintifik dalam era ini  banyak  berkisar tentang  penggunaan  hipotesis  dalam
                membuat ramalan tentang sesuatu perkara atau kejadian, membuat kesimpulan berdasarkan
                bukti, keselarasan dalam membuat formula, istilah dan ujian. Pendekatan saintifik didapati
                menjadikan pelajar dapat menguasai kemahiran asas seperti penaakulan, memberikan bukti
                dari realiti dan melaksanakan sesuatu secara amali dalam kehidupan seharian (Luis, 2012).

                      Sebagai  pendidik perlulah dapat  mengaplikasikan  pendekatan inovatif dalam
                kalangan pelajar  dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukanlah perkara yang  baharu.
                Kajian yang  dijalankan oleh Rossyahida (2011) didapati sangat signifikan  dalam
                menyelesaikan masalah semasa sama  ada dalam aspek teknikal atau pedagogi melalui
                inovasi. Kajiannya mendapati  pembelajaran yang berorientasikan inovasi yang telah

                                                     18
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39