Page 35 - LAPORAN PEO.pdf
P. 35
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
diperkenalkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan berupaya melahirkan guru yang
kreatif dan berinovatif khususnya dalam aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Kajian Robiah dan Nor Sakinah (2007) mendapati guru-guru yang
berfikiran inovatif sentiasa sering memikirkan suatu kaedah yang baharu dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atau tugasan yang diberi di sekolah. Mereka
akan memikirkan apakah cara, kaedah atau strategi baharu dalam melaksanakan tugasan
mereka. Dapatan kajian ini disokong oleh Moursund (2003) yang mendapati guru-guru yang
berfikiran inovatif selalunya mempunyai daya penciptaan atau suka melakukan sesuatu yang
baharu dalam tugasannya tanpa perlu diberikan arahan. Kajiannya juga mendapati, guru-guru
yang mempunyai pemikiran inovatif didapati mempunyai pelbagai idea kreatif bagi membantu
pihak sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah seperti disiplin, pentadbiran dan
hubungan dengan ibu bapa.
Mengaplikasikan pendekatan kreatif dalam kalangan guru-guru keluaran PISMP perlu
diberikan perhatian. Kajian yang dijalankan oleh Chew (2014), mendapati pelajar-pelajar yang
didedahkan dengan pelbagai masalah yang memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif
dapat menjana pelbagai bentuk kisah atau peristiwa untuk diselesaikan. Di samping itu,
mereka juga didapati suka memberikan pandangan dan idea dalam bentuk sumbang saran
yang bermakna. Dapatan kajian Chew (2014) disokong oleh Siti Zabidah (2006) yang
mendapati pelajar-pelajar yang didedahkan dengan konsep pendekatan kreatif dalam
pembelajaran seringkali memberikan idea-idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah
yang ditimbulkan daripada sesuatu situasi. Idea-idea mereka bukan sahaja bernas, bahkan
banyak mengemukakan idea baharu yang belum difikirkan sebelum ini.
Selain itu, sebagai seorang pendidik perlulah dapat mengaplikasikan pendekatan
beretika. Belakangan ini banyak krisis yang melanda profesion perguruan dan pendidikan
yang sering dibincangkan sebagai agenda nasional yang perlu ditangani dengan berkesan.
Pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan dan keguruan sudah tentu
boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan boleh menyebabkan banyak masalah yang
berkaitan dengan pendidikan timbul dan mendapat kecaman daripada masyarakat.
Profession keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini
dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat
pendidikan (Ibrahim, 1995). Kegagalan guru melaksanakan tugas mereka mengikut Etika
Profesion Perguruan (EPP) sudah pasti akan mengundang pelbagai kritikan daripada
masyarakat.
19

