Page 36 - LAPORAN PEO.pdf
P. 36

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                      Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah
                (2001) menyebut bahawa; "Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di
                sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal
                ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti
                yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka
                secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan  berkomunikasi,
                ketokohan sebagai  pemimpin, kemurnian tingkah  laku, keupayaan mencipta dan
                menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,".


                2.4.3  Kebolehan Graduan PISMP Berkomunikasi Secara Berkesan Bagi
                      Memartabatkan     Bahasa    Melayu    Sebagai    Bahasa    Ilmu   dan
                      Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

                Kemahiran lisan selalu dikaitkan dengan kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu
                hari ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan
                kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Yahya Don (2005) berpendapat
                bahawa kemahiran bertutur merangkumi keupayaan pelajar untuk menyampaikan maklumat,
                pendapat dan perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan
                intonasi yang betul dan secara sopan. Aktiviti lisan sinonim dengan konsep kesantunan dan
                beradap ketika bertutur. Dalam Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan bahasa
                Inggeris aspek bertutur dengan  bertatasusila banyak dijelmakan.  Menurut  Asmah  (2000)
                berbahasa  dengan bertatasusila ialah penggunaan  bahasa sehari-hari yang tidak
                menimbulkan  kegusaran,  kemarahan dan  rasa tersinggung daripada pendengar.  Orang
                Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan
                tersirat sering digunakan untuk menjaga hati orang lain. Menurut  Amat  Juhairi  Moain  (2012)
                pula  kesantunan  merujuk kepada  kesopanan  dan kehalusan  dalam  menggunakan  bahasa
                ketika  berkomunikasi  sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang sopan mempunyai
                kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej. Oleh itu, komunikasi yang
                berkesan dapat mewujudkan pembelajaran yang bermakna ketika guru melaksanakan P&P
                di dalam kelas.

                      Kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan  asas
                pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami
                teks yang  dibaca  dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005).
                Keupayaan membaca merupakan  suatu kemahiran yang amat  bernilai dan merupakan
                proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca
                dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk
                visual  dan menghubungkan antara  bentuk  dengan bunyi dan melalui  pengalaman serta

                                                     20
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41