Page 37 - LAPORAN PEO.pdf
P. 37

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari
                segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca.

                      Kemahiran menulis juga merujuk kepada keupayaan  seseorang menulis perkataan
                dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
                ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui, Mahaya (2009). Kemahiran menulis
                ialah satu proses yang berulang dan melibatkan kemahiran kognitif dan meta kognitif untuk
                menghasilkan pencapaian akademik dan vokasional. Mendidik murid dalam penulisan kreatif
                ialah mendorong mereka untuk menulis imaginasi mereka. Ini akan menjadi sebahagian
                daripada proses kreativiti yang dapat membantu dalam semua komponen penulisan mereka.
                Kemahiran menulis merupakan suatu  budaya intelek yang saling melengkapi  antara
                kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran
                maklumat yang  bersifat mekanikal dan  disalurkan secara  bersistem, iaitu mengambil  kira
                matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
                membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
                proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
                Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat
                meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
                Selain penekanan dalam kemahiran menulis seperti penggunaan ayat yang gramatis, tanda
                baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas aspek penulisan
                kreatif juga sentiasa diberi penekanan.  Elemen-elemen ini merupakan aspek yang perlu
                dikuasai oleh para graduan dalam menguasai kemahiran lisan, membaca, menulis dan
                berkomunikasi secara berkesan bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
                dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris

                2.4.4  Keupayaan Graduan PISMP IPG dalam Mencari dan Mengurus Maklumat
                      yang Relevan daripada Pelbagai Sumber.

                Komunikasi tanpa sempadan, penyelesaian masalah secara cepat dan tepat, pengajaran dan
                pemudah cara abad ke-21,  pembelajaran sepanjang  hayat  dan beberapa kata  kunci
                pendidikan terkini yang penting amat memerlukan seseorang yang hidup di abad ke-21
                memiliki kemahiran literasi dalam  pengurusan  maklumat. Idea literasi maklumat muncul
                seiringan dengan kedatangan teknologi maklumat pada awal tahun 1970. Idea ini seterusnya
                berkembang, diperkukuh dan diiktiraf sebagai literasi kritikal untuk kelestarian kehidupan di
                abad ke-21 (Bruce, 2004).







                                                     21
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42