Page 64 - LAPORAN PEO.pdf
P. 64

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                menggunakan kaedah menganalisis kekuatan  diri memperoleh min  pencapaian  tertinggi
                (M=3.24, SP=0.518), diikuti dengan item menggunakan kaedah menganalisis kelemahan diri
                (M=3.21, SP =0.514). Keseluruhan kesemua item konstruk Kemahiran Penilaian adalah pada
                tahap tinggi.

                                 Jadual 4.15: Tahap Konstruk Kemahiran Penilaian
                   No                      Item                      Min     SP      Tahap
                  033    Saya boleh menggunakan kaedah menganalisis   3.24   0.518   Tinggi
                         kekuatan diri
                  034    Saya boleh menggunakan kaedah menganalisis   3.21   0.514   Tinggi
                         kelemahan diri
                                       Keseluruhan                   3.23   0.516    Tinggi


                4.6   Analisis Tahap Kebolehan Graduan PISMP terhadap Elemen PEO 2

                Perbincangan terhadap  dapatan hasil analisis  bahagian ini bertujuan untuk menjawab
                persoalan kajian  2 iaitu:  Apakah tahap kebolehan  graduan  PISMP IPG  menyelesaikan
                masalah melalui pendekatan saintifik secara inovatif, kreatif dan beretika?

                4.6.1  Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 2

                Hasil analisis tahap kebolehan graduan PISMP IPG terhadap keseluruhan konstruk elemen
                PEO 2 mengikut urutan didapati konstruk beretika (M=3.37, SP=0.561) dan pemikiran kreatif
                (M=3.21, SP=0.554) adalah paling tinggi berbanding konstruk pemikiran saintifik (M=3.20,
                SP=0.543). Dapatan ini menunjukkan  tahap keseluruhan konstruk  PEO  2,   iaitu
                menyelesaikan masalah melalui pendekatan saintifik secara inovatif, kreatif  dan beretika
                dalam kalangan graduan PISMP adalah pada tahap yang tinggi (M=3.26, SP=0.553) seperti
                ditunjukkan dalam Jadual 4.16. Keseluruhan kesemua konstruk elemen PEO 2 adalah pada
                tahap tinggi.

                           Jadual 4.16: Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 2
                      Konstruk              Min                SP               Tahap
                 Pemikiran Saintifik        3.20              0.543             Tinggi
                 Pemikiran Kreatif          3.21              0.554             Tinggi
                 Beretika                   3.37              0.561             Tinggi
                 Keseluruhan                3.26              0.553             Tinggi


                4.4.2  Analisis Tahap Konstruk Pemikiran Saintifik

                Hasil analisis tahap kebolehan graduan PISMP IPG terhadap Konstruk Pemikiran Saintifik
                seperti Jadual 4.17 mempamerkan dapatan min pencapaian konstruk  pemikiran saintifik
                graduan PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan  bagi sembilan item konstruk
                pemikiran saintifik adalah  tinggi (M=3.39,  SP=0.561).  Daripada sembilan item yang

                                                     48
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69