Page 67 - LAPORAN PEO.pdf
P. 67

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                4.7.1  Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 3

                Hasil analisis tahap kebolehan graduan PISMP IPG terhadap keseluruhan konstruk PEO 3
                mengikut urutan didapati konstruk Kemahiran Bacaan (M=3.41, SP=0.531) dan kemahiran
                Lisan  (M=3.39,  SP=0.561) adalah paling tinggi berbanding  konstruk kemahiran menulis
                (M=3.20, SP=0.609). Dapatan ini menunjukkan tahap keseluruhan konstruk  elemen PEO 3
                iaitu;  berkomunikasi secara berkesan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
                ilmu dalam kalangan graduan PISMP adalah pada tahap yang tinggi (M=3.33, SP=0.567)
                seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.20. Keseluruhan kesemua konstruk Elemen PEO 3 adalah
                pada tahap tinggi.

                           Jadual 4.20: Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 3
                              Konstruk                   Min           SP          Tahap
                 Kemahiran Lisan                         3.39         0.561        Tinggi
                 Kemahiran Bacaan                        3.41         0.531        Tinggi
                 Kemahiran Tulisan                       3.20         0.609        Tinggi
                            Keseluruhan                  3.33         0.567        Tinggi


                4.7.2  Analisis Tahap Konstruk Kemahiran Lisan

                Hasil analisis tahap kebolehan graduan  PISMP IPG terhadap Konstruk Kemahiran  Lisan
                seperti Jadual 4.21 mempamerkan dapatan min pencapaian aspek kemahiran lisan graduan
                PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi sembilan item aspek kemahiran lisan
                adalah tinggi (M=3.39, SP=0.561).  Daripada sembilan item yang dikemukakan, item sedia
                berbincang tentang sesuatu perkara secara bertatasusila memperoleh min pencapaian
                tertinggi (M=3.55, SP =  0.525) berbanding item menzahirkan idea yang inovatif  dalam
                memperkukuh bahasa Inggeris (M=3.25, SP = 0.621) dan item menzahirkan idea yang kreatif
                dalam memperkukuh bahasa Inggeris. (M=3.25,  SP  = 0.611) yang masing-masing
                merupakan min terendah bagi aspek  etika  graduan PISMP.  Keseluruhan kesemua item
                konstruk Kemahiran Lisan adalah pada tahap tinggi.

                               Jadual 4.21: Analisis Tahap Konstruk Kemahiran Lisan
                   No                      Item                      Min     SP     Tahap
                   058   Mampu mendengar pendapat orang lain dengan   3.40   .543    Tinggi
                         baik.
                   059   Sedia berbincang tentang  sesuatu perkara   3.55   .525     Tinggi
                         secara bertatasusila.
                   060   Dapat berbicara untuk menyampaikan maklumat   3.49   .521   Tinggi
                         tentang sesuatu perkara yang tepat secara
                         bertatasusila.




                                                     51
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72