Page 69 - LAPORAN PEO.pdf
P. 69

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                Keseluruhan kesemua item konstruk Kemahiran Tulisan adalah pada tahap tinggi kecuali item
                70; menghasilkan penulisan kreatif dalam Bahasa Inggeris dengan baik pada tahap yang
                sederhana.

                              Jadual 4.23: Analisis Tahap Konstruk Kemahiran Tulisan
                   No                      Item                     Min     SP      Tahap
                   069   Saya mampu menghasilkan penulisan kreatif   3.26   .646    Tinggi
                         dalam Bahasa Melayu dengan baik.
                   070   Saya mampu menghasilkan penulisan kreatif   2.93   .674   Sederhana
                         dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
                   071   Saya mampu mengedit hasil  penulisan  dari   3.31   .558   Tinggi
                         aspek ejaan, penggunaan kata, tanda baca dan
                         struktur ayat.
                   072   Saya  mampu  memurnikan hasil penulisan dari   3.29   .561   Tinggi
                         aspek ejaan, penggunaan kata, tanda baca dan
                         struktur ayat.
                                        Keseluruhan                 3.20   0.609    Tinggi


                4.8   Tahap Keupayaan Graduan PISMP terhadap Elemen PEO 4

                Perbincangan terhadap  dapatan hasil analisis  bahagian ini bertujuan untuk menjawab
                persoalan kajian 4 iaitu; Apakah tahap keupayaan graduan PISMP IPG dalam mencari dan
                mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber?


                4.8.1  Tahap Keseluruhan Elemen PEO 4

                Hasil analisis tahap keupayaan graduan PISMP IPG terhadap keseluruhan konstruk PEO 4
                menunjukkan keupayaan graduan mencari dan mengurus maklumat yang relevan adalah
                pada  tahap yang tinggi (M=3.38,  SP=0.524). Hasil analisis menunjukkan kemahiran
                mengakses maklumat (M=3.45,  SP=0.512) lebih tinggi berbanding kemahiran mengurus
                maklumat (M=3.33, SP=0.531) seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.24. Keseluruhan kesemua
                konstruk PEO 4 adalah pada tahap tinggi.

                                  Jadual 4.24: Tahap Keseluruhan konstruk PEO 4
                           Konstruk                 Min            SP            Tahap
                 Kemahiran Mengakses Maklumat       3.45          0.512          Tinggi
                 Kemahiran   Mengurus Maklumat      3.33          0.531          Tinggi
                          Keseluruhan               3.38          0.524          Tinggi







                                                     53
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74