Page 72 - LAPORAN PEO.pdf
P. 72
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
mempamerkan kemahiran keusahawanan adalah pada tahap yang tinggi apabila min
bersamaan dengan 3.22 dan sisihan piawai bersamaan dengan 0.608. Daripada 12 item yang
dikemukakan, item boleh melaksanakan sesuatu pekerjaan berdasarkan kepada
perancangan rapi memperoleh min pencapaian tertinggi (M=3.35, SP = 0.513) manakala item
melaksanakan kerja secara sendirian tanpa bantuan orang lain memperoleh min pencapaian
terendah (M=3.06, SP= 0.748). Tahap keseluruhan item bagi kontruk kemahiran
keusahawanan adalah tinggi.
Jadual 4.28: Tahap Konstruk Kemahiran Keusahawanan
No Item Min SP Tahap
086 Amat berbangga dengan hasil kerja saya 3.31 .518 Tinggi
087 Berupaya menjana idea setelah 3.28 .516 Tinggi
mempertimbangkan pelbagai alternatif.
088 Mudah memahami orang lain. 3.29 .529 Tinggi
089 Memelihara hubungan professional dengan rakan 3.11 .774 Tinggi
sekerja.
090 Melaksanakan sesuatu pekerjaan berdasarkan 3.35 .513 Tinggi
kepada perancangan rapi
091 Melaksanakan kerja secara sendirian tanpa 3.06 .748 Tinggi
bantuan orang lain.
092 Mencadangkan inovasi baharu dalam tugasan 3.25 .587 Tinggi
093 Berusaha sedaya upaya untuk memenuhi 3.27 .547 Tinggi
kehendak orang lain.
094 Berusaha untuk cemerlang 3.09 .677 Tinggi
095 Mencari jalan paling selamat berbanding pilihan 3.18 .625 Tinggi
yang lebih berisiko.
096 Bertindak sekiranya tidak yakin tentang 3.22 .600 Tinggi
akibatnya.
097 Dibatasi oleh keadaan yang perlu mematuhi 3.18 .666 Tinggi
peraturan dan arahan.
Keseluruhan 3.22 0.608 Tinggi
4.9.3 Analisis Tahap Konstruk Kemahiran Pengurusan
Hasil analisis tahap kebolehan graduan PISMP IPG terhadap Konstruk Kemahiran
Pengurusan adalah seperti Jadual 4.29 mempamerkan dapatan min pencapaian aspek
kemahiran pengurusan. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aspek kemahiran
pengurusan adalah pada tahap yang tinggi apabila min bersamaan dengan 3.13 dan sisihan
piawai bersamaan dengan 0.680. Daripada lapan item yang dikemukakan, item memastikan
perancangan PdP dapat dicapai memperoleh min pencapaian tertinggi (M=3.43, SP=0.522)
dan item sering menghadapi masalah untuk mengawal disiplin murid ketika PdP memperoleh
min pencapaian terendah (M=2.75, SP=0.940). Tahap keseluruhan item bagi konstruk
Kemahiran Pengurusan adalah tinggi.
56

