Page 70 - LAPORAN PEO.pdf
P. 70
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
a) Analisis Tahap Kemahiran Mengakses Maklumat
Hasil analisis tahap keupayaan graduan PISMP IPG terhadap seperti Jadual 4.25
mempamerkan dapatan min pencapaian aspek kemahiran mengakses maklumat dalam
kalangan graduan PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi empat item aspek
kemahiran akses (M=3.45, SP=0.512). Daripada empat item yang dikemukakan, item
mengenal pasti maklumat yang diperlukan oleh tugasan memperoleh min pencapaian
tertinggi (M=3.47, SP=0.510) berbanding item mengenal pasti sumber-sumber maklumat
yang sesuai untuk menyiapkan tugasan dengan cepat (M=3.43, SP=0.512) merupakan min
terendah bagi aspek kemahiran akses graduan PISMP. Keseluruhan kesemua item konstruk
Kemahiran Mengakses Maklumat adalah pada tahap tinggi.
Jadual 4.25: Analisis Tahap Kemahiran Mengakses Maklumat
No Item Min SP Tahap
073 Mengenal pasti maklumat yang diperlukan oleh 3.47 .510 Tinggi
tugasan tersebut
074 Membuat keputusan bagaimana saya boleh 3.44 .518 Tinggi
mencari maklumat tersebut
075 Menyusun strategi mencari maklumat dengan 3.45 .519 Tinggi
cepat
076 Mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang 3.43 .512 Tinggi
sesuai untuk menyiapkan tugasan dengan cepat
Keseluruhan 3.45 0.512 Tinggi
b) Analisis Tahap Kemahiran Mengurus Maklumat
Hasil analisis tahap pencapaian graduan PISMP IPG terhadap Konstruk Kemahiran
Mengurus Maklumat seperti Jadual 4.26 mempamerkan dapatan min pencapaian konstruk
mengurus maklumat graduan PISMP. Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi sepuluh
item konstruk kemahiran mengurus maklumat adalah tinggi (M=3.38, SP=0.524). Daripada
sepuluh item yang dikemukakan, item menyusun maklumat memperoleh min pencapaian
tertinggi (M=3.45, SP = 0.519). Manakala item Menilai ketepatan maklumat yang digabung
(M=3.15, SP = 0.560) memperoleh tahap pencapaian terendah bagi konstruk Kemahiran
Mengurus Maklumat graduan PISMP. Tahap keseluruhan item bagi konstruk Kemahiran
Mengurus Maklumat adalah tinggi.
Jadual 4.26: Analisis Tahap Kemahiran Mengurus Maklumat
No Item Min SP Tahap
077 Mengekstrak maklumat yang penting dari 3.28 .536 Tinggi
sumber
078 Menganalisis maklumat yang diekstrak 3.25 .534 Tinggi
079 Mentafsir maklumat yang dianalisis 3.24 .534 Tinggi
54

