Page 74 - LAPORAN PEO.pdf
P. 74
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
112 Saya pasti bahawa saya boleh mencapai kriteria 3,26 .524 Tinggi
yang ditetapkan untuk sesuatu kursus
113 2.97 .721 Sederhana
Menganggap orang lain lebih bijak belajar.
114 Mudah memahami sesuatu idea 3.34 .510 Tinggi
Keseluruhan 3.19 0.613 Tinggi
4.10 Tahap Keupayaan Graduan PISMP terhadap Konstruk Elemen PEO 6
Perbincangan terhadap dapatan hasil analisis bahagian ini bertujuan untuk menjawab
persoalan kajian 6 iaitu; Apakah tahap keupayaan graduan PISMP dalam memiliki nilai dan
sikap profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan, berkemahiran sosial, bertanggungjawab dan
mampu melaksanakan kerja berpasukan?
4.10.1 Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 6
Hasil analisis tahap keupayaan graduan PISMP nilai dan sikap graduan PISMP IPG terhadap
keseluruhan konstruk PEO 6 mengikut urutan didapati konstruk nilai profesionalisme
(M=3.41, SP=0.531), nilai kerja berpasukan (M=3.34, SP= 0.516), nilai tanggungjawab (M=
3.26, SP=0.592) nilai kepimpinan (M=3.18, SP=0.626) dan nilai sosial (M=3.14, SP=3.14,
SP=0.670). Dapatan ini menunjukkan tahap keseluruhan konstruk PEO 6, iaitu nilai dan sikap
profesionalisme, ciri-ciri kepimpinan, berkemahiran sosial, bertanggungjawab dan mampu
melaksanakan kerja berpasukan dalam kalangan graduan PISMP pada tahap yang tinggi
(M=3.27, SP=0.589) seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.31. Tahap keseluruhan konstruk
Elemen PEO 6 adalah tinggi.
Jadual 4.31: Analisis Tahap Keseluruhan Konstruk Elemen PEO 6
Konstruk Min SP Tahap
Nilai Profesionalisme 3.41 0.541 Tinggi
Nilai Kepimpinan 3.18 0.626 Tinggi
Nilai Sosial 3.14 0.670 Tinggi
Nilai Tanggungjawab 3.26 0.592 Tinggi
Nilai Kerja Berpasukan 3.34 0.516 Tinggi
Keseluruhan 3.27 0.589 Tinggi
4.10.2 Tahap Konstruk Nilai Profesional
Hasil analisis tahap sikap graduan PISMP IPG terhadap konstruk nilai profesional seperti
Jadual 4.32 mempamerkan tahap nilai profesionalisme graduan PISMP adalah tinggi.
Dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aspek nilai profesionalisme bersamaan 3.41
dengan sisihan piawai bersamaan 0.541. Daripada tiga item yang dikemukakan, item
58

