Page 81 - LAPORAN PEO.pdf
P. 81

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                ini sesuai dengan kajian Siti Zabidah (2006) mendapati pelajar-pelajar  mempunyai tahap
                pemikiran kreatif yang tinggi jika didedahkan  dengan konsep pendekatan kreatif   dalam
                pembelajaran. Mereka juga seringkali memberikan idea-idea yang bernas dalam
                menyelesaikan masalah yang ditimbulkan daripada sesuatu situasi. Idea-idea mereka bukan
                sahaja bernas, bahkan banyak mengemukakan idea baharu yang belum difikirkan sebelum
                ini.

                      Dalam elemen pendekatan beretika, dapatan kajian ini bersesuaian dengan Stone
                (1992) yang mendapati bahawa pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya perlu bagi
                seorang guru untuk menyampaikan pengajaran. Tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi,
                para guru akan terperangkap dalam arus reformasi yang begitu hebat melanda profesion
                perguruan. Peranan guru dan  profesion  perguruan kini sudah semakin  bertambah. Guru
                bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga
                menjalankan tugas  sebagai pemimpin, pengubah sosial,  pereka, penilai,  perancang
                kurikulum, pemupuk semangat pelajar dan berperanan sebagai ahli psikologi secara tidak
                langsung (Fagan, 2007).


                5.2.3 Tahap Berkomunikasi Berkesan

                Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan tahap berkomunikasi berkesan dalam aspek
                kemahiran lisan, kemahiran membaca  dan kemahiran menulis adalah pada tahap tinggi.
                Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru lepasan PISMP berupaya berkomunikasi dengan
                berkesan sama ada dengan pentadbir, pelajar, staf sokongan dan ibu bapa pelajar. Guru yang
                kaya  dengan kosa kata,  boleh  berbicara  dengan baik, boleh menyampaikan maklumat
                dengan bertatasusila,  berupaya mengajar dan  mendidik seterusnya  berinteraksi  dengan
                masyarakat di sekeliling. Hal ini selaras dengan pandangan Wan Mohd Nor (1997) yang
                mengatakan bahawa guru yang rajin membaca akan memudahkan  para  pelajar
                menjadikannya sumber rujukan apabila timbulnya sesuatu persoalan.

                      Dapatan ini bersesuaian dengan kajian Maharam (2016),  Nor Fadila et al., (2005) dan
                Zamri et  al., (2009) yang mendapati kebanyakan  guru-guru mempunyai  penguasaan
                kemahiran berkomunikasi yang tinggi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Antara
                aspek-aspek komunikasi yang dikaji meliputi pengetahuan tentang tatabahasa, intonasi dan
                cara berkomunikasi khususnya semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam
                bilik  darjah. Penguasaan guru-guru  ini dapat  dibuktikan dengan peningkatan  penguasaan
                pelbagai elemen bertutur dalam kalangan pelajar.




                                                     65
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86