Page 79 - LAPORAN PEO.pdf
P. 79
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
Selari dengan kajian Yahaya (2006), mendapati guru yang mempunyai kecekapan
pengetahuan pedagogi yang profesional dalam kalangan pendidik, secara tidak langsung
kualiti pendidikan akan dapat dipertingkatkan. Kaprawi dan Azroai (2009) berpendapat, kunci
yang perlu dimiliki oleh setiap pendidik adalah kecekapan atau kompetensi yang
dimaksudkan sebagai satu set pengetahuan dan kemahiran mengajar dalam melaksanakan
tugas profesionalnya supaya matlamat pendidikan dapat dicapai dengan baik.
Menurut Yahaya (2006) dan Davis et al., (2009) menyatakan bahawa aspek
pengetahuan perundangan, kemahiran, sikap dan profesional yang tinggi dalam kalangan
guru akan memudahkan matlamat sesebuah negara mencapai visi dan misi pendidikan
dengan baik. Kenyataan ini disokong oleh Majumdar (2009), yang menyatakan profesion
pendidikan kini memerlukan pendidik yang mempunyai pengetahuan dasar dan mempunyai
pelbagai kemahiran untuk memenuhi cabaran dunia pendidikan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Menurutnya lagi, profesionalisme yang tinggi perlu
ditekankan dalam setiap diri pendidik untuk menunjukkan mereka adalah lebih profesional
dalam semua bidang dan disiplin dalam mendidik pelajar.
Justeru itu, menurut Howard (2000), pendidik perlu mengutamakan kecekapan
pengetahuan kolaboratif dan kemahiran kaunseling kerjaya pelajar untuk memudahkan
pendidik meningkatkan kemahiran dalam pendekatan pengajaran mereka. Manakala Fien et.
al., (2001), menyatakan integriti pendidik adalah ciri-ciri positif kualiti yang unggul wujud
dengan sendirinya berdasarkan etika dan piagam pelanggan berasaskan sistem dan proses
kerja dan pematuhan kepada amalan terbaik. Beliau menambah, pendidik yang mempunyai
dan mengaplikasikan kemahiran kolaboratif dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap.
Pavlova (2009) dalam kajiannya menyatakan, aspek pengetahuan amalan
pembelajaran perlu mengutamakan tindakan, akauntabiliti, integriti dan amanah. Menurutnya
lagi, pendidik seharusnya bertanggungjawab dengan sentiasa berfikir untuk masa depan
murid-murid. Selain itu, guru yang mempunyai tahap yang tinggi dari segi kesabaran, belas
kasihan, penyayang, dapat memupuk suasana dalam bilik darjah agar menimbulkan
keseronokan apabila belajar.
63

