Page 78 - LAPORAN PEO.pdf
P. 78

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                                                      BAB 5



                                         PERBINCANGAN DAN RUMUSAN



                5.1    Pendahuluan


                Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan  objektif utama kajian  untuk
                mengenal  pasti tahap PEO guru  lulusan PISMP, IPG.  Penyelidik mengemukakan
                perbincangan tentang keseluruhan analisis dapatan kajian yang bertujuan kepada persoalan
                kajian yang dibentuk dan berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis bagi menjawab
                persoalan   kajian. Penyelidik juga  mengemukakan implikasi dan cadangan untuk  kajian
                lanjutan.

                5.2   Perbincangan


                Bahagian ini akan membincangkan kajian ini  berdasarkan kepada perkara yang  akan
                diperjelaskan seperti berikut:

                5.2.1  Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal
                Secara  keseluruhan  semua  elemen dalam pengetahuan dan  kemahiran praktikal  iaitu
                pengetahuan pedagogi,  pengetahuan perundangan, pengetahuan  dasar,  pengetahuan
                kolaboratif dan pengetahuan amalan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Dapatan
                kajian menunjukkan  pengetahuan dan kemahiran  praktikal graduan PISMP IPG bagi
                memenuhi kehendak organisasi  dan  pelanggan adalah tinggi.  Hasil kajian ini seiringan
                dengan kajian Jamilah et  al., (2016) yang mendapati semakin tinggi pengetahuan dan
                kemahiran  praktikal diamalkan dalam kalangan  pemimpin  sekolah, semakin  tinggi tahap
                kualiti  guru  dapat  dihasilkan. Ini jelas membuktikan bahawa amalan  pengetahuan dan
                kemahiran praktikal membantu dalam pembentukan kemahiran dan peningkatan kualiti guru,
                dan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan kondusif. Dapatan
                kajian ini juga bersesuaian dengan dapatan Suzlina dan Jamaludin (2016) yang menyatakan
                tahap pengetahuan dan kemahiran  praktikal yang tinggi dalam kalangan  guru dapat
                membantu pelajar dalam pelbagai aspek kecemerlangan kualiti diri. Dapatan kajian ini juga
                disokong oleh kajian Ket et al., (2014) yang mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran
                praktikal yang tinggi dalam kalangan guru akan memupuk dan meningkatkan lagi pengajaran
                kreatif siswa guru di sekolah demi menjana modal insan yang kreatif dan inovatif.

                                                     62
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83