Page 80 - LAPORAN PEO.pdf
P. 80
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
5.2.2 Tahap pendekatan saintifik, inovatif, kreatif dan beretika
Secara keseluruhan semua elemen dalam pengetahuan dan kemahiran praktikal iaitu
pendekatan saintifik, inovatif, kreatif dan beretika berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini
bersesuaian dengan kajian Luis (2012), yang melaporkan bahawa tahap pendekatan saintifik
dalam kalangan guru baharu di Amerika berada dalam tahap yang tinggi. Perkara ini meliputi
pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru baharu, bahkan ketika ini
di negara-negara Barat banyak aspek pemikiran saintifik yang telah difahami oleh guru
baharu dan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Di Asia dan negara-negara dunia ketiga pula kebanyakannya, telah menetapkan
pemikiran saintifik perlu dikuasai oleh guru baharu dan termaktub dalam kurikulum pendidikan
secara eksplisit (Luis, 2012). Perkara ini berbeza kerana di Barat aplikasi pemikiran saintifik
dalam pengajaran dan pembelajaran telah mula dilaksanakan pada tahun 1968 (Popper,
1968), dan berkembang sehingga menjadi popular pada tahun-tahun berikutnya oleh Ruse
1979, 1988; Sober 1984; Thagard 1992 dan Pickett et. al., 1994. Aplikasi pemikiran saintifik
dalam era ini banyak berkisar tentang penggunaan hipotesis dalam membuat ramalan
tentang sesuatu perkara atau kejadian, membuat kesimpulan berdasarkan bukti, keselarasan
dalam membuat formula, istilah dan ujian. Pendekatan saintifik didapati menjadikan pelajar
dapat menguasai kemahiran asas seperti penaakulan, memberikan bukti dari realiti dan
melaksanakan sesuatu secara amali dalam kehidupan seharian (Luis, 2012).
Pendekatan inovatif dalam kalangan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah
bukanlah perkara yang baharu. Kajian yang dijalankan oleh Rossyahida (2011) mendapati
pelajar-pelajar dapat menyelesaikan masalah semasa, sama ada dalam aspek teknikal atau
pedagogi melalui inovasi. Kajiannya mendapati pembelajaran yang berorientasikan inovasi
yang telah diperkenalkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan berupaya melahirkan guru
yang kreatif dan berinovatif khususnya dalam aspek pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian Robiah dan Nor Sakinah (2007) mendapati guru-guru
yang berfikiran inovatif sentiasa sering memikirkan suatu kaedah yang baharu dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atau tugasan yang diberi di sekolah. Mereka
akan memikirkan apakah cara, kaedah atau strategi baharu dalam melaksanakan tugasan
mereka.
Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian Chew (2014) yang mendapati pelajar-
pelajar yang mempunyai tahap pendekatan kreatif apabila didedahkan dengan pelbagai
masalah yang memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dapat menjana pelbagai bentuk
kisah atau peristiwa untuk diselesaikan oleh mereka. Di samping itu mereka juga dapat
memberikan pandangan dan idea dalam bentuk sumbang saran yang bermakna. Dapatan
64

