Page 99 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 99

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 91

               Berdasarkan  Jadual  2,  data  yang  diperolehi  oleh  pengkaji  dianalisis  dengan  lebih
               terperinci dengan paparan dalam bentuk graf pada rajah 4.


                         35
                         30
                         25
                         20
                         15                                                       Responden A
                         10
                          5

                          0
                               Sebelum     Minggu 1    Minggu 2    Minggu 3
                               Intervensi  Intervensi  Intervensi  Intervensi

                  Rajah 4: Kadar Peningkatan Tingkah Laku Positif Responden A Sebelum dan Selepas
                                       Penggunaan Token Badge Button Dijalankan

               Rajah  4  menunjukkan  kekerapan  tingkah  laku  positif  oleh  responden  A  rendah
               sebelum  penggunaan  token  Badge  Button  dijalankan.  Daripada  analisis,  terdapat
               perubahan  tingkah  laku  yang  ditunjukkan  oleh  responden  A,  sebelum  intervensi
               dengan  selepas  intervensi  dijalankan,  iaitu  daripada  tingkah  laku  negatif  kepada
               tingkah laku positif.


               PERBINCANGAN

               Kajian  ini  berjaya  membuktikan  bahawa  penggunaan  Badge  Button  boleh
               mengurangkan masalah tingkah laku disruptif. Berdasarkan analisis dan interpretasi
               data,  perbezaan  kekerapan  tingkah  laku  disruptif  responden  A  menunjukkan
               berlakunya perubahan tingkah laku dari tingkah laku mengganggu kepada tingkah
               laku positif iaitu boleh fokus kepada pembelajaran dan tidak mengganggu rakan-rakan
               serta perjalanan PdP di dalam kelas.

                       Kadar penurunan kesalahan tingkah laku disruptif responden A sebelum dan
               selepas  penggunaan  token  Badge  Button  dijalankan  menunjukkan  penurunan.
               Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji mendapati responden A telah melakukan 31
               kali  gangguan  kepada  rakan-rakannya  dan  proses  PdP.  Tingkah  laku  disruptif
               semakin  berkurangan  sehingga  25  kali  selepas  penggunaan  token  Badge  Button
               diberikan  kepada  responden  A  apabila  setiap  kali  tingkah  laku  positif  ditunjukkan
               olehnya seperti mendengar arahan, duduk di kerusi sendiri dan fokus semasa belajar.
               Ini menunjukkan satu situasi pengurangan masalah tingkah laku negatif yang sangat
               ketara selepas penggunaan token Badge Button dijalankan.
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104